EPISOD AKHIR TEDUHAN KASIH.. BALASAN AYU TAK CUKUP AZAB

Drama bersiri yang di adaptasi dari novel Teduhan kasih dah abis tayangannya semalam. Penuh wall FB dengan macam2 update pasal drama tu. Ada yang cuba kondem.. ada yang emosional ada yang rasa biasa jer.. Den pun tengok juga walau banyak episod yang skip. Den ni nak kata sampai nak clik tonton.my semata2 nak tengok espisod yang ter skip tu minta maaf la yer.. Den tengok kalau sempat tengok. Tak sempat lantak ler.. Tapi dalam skip2 episod tu boleh paham lagi la jalan cerita dia. Watak jahat paling popular dalam drama tu Ayu & kaklong. Paling otai jahat Ayu la kan.. Tapi kaklong timbalan ketua penjahat tu pun tak kurang jahat. Jahat kaklong sebab dendam lama dengan si mak si iffa yang rampas laki mak dia kan?? Jadi motip dia cuma nak tengok iffa sentiasa hidup dalam kesusahan.. kalau si iffa tu senang, dia jadi tak senang hati. Berbanding dengan Ayu yang jahat tu memang dah semulajadi dalam hidup dia kot. Walau iffa tu kawan baik dia tetap dia rasa tak senang duduk kalau iffa ba...