Posts

Showing posts from December 7, 2010

AKU BENCI BLOG!!

Ntah napa hari ni aku benci tengok blog aku sendiri!! Benci dengan kehitaman!! Benci plain color background!! Benci tengok semak samun widget - widget yang tak tersusun.. Tapi............................ Masih malas nak mengemas atau nak deco cantik2 lagi. Takde Idea.. Aku tak suka background yang banyak corak tapi bosan juga tengok sekaler jer.. Tapi aku suka hitam. Senang match dengan kaler - kaler lain. Arghhh... Abis tu camna?? Kalau nak rombak semula banyak kojo den kena buat ni!! Cari coding tu buat scroll box je la.. Kemas - kemas side bar dulu. Kat situ la tempat menyepah paling popular. Segala mak nenek nak di tampal tapi nak di buang sayang. Ni la di katakan di luah mati blog.. Di telan mati lak blogger... (Mula la nak mencipta perumpamaan melekit). Tengok blog orang yang kemas & cantik jeles lak.. Kejab lagi la kalau tahap kerajinan melampaui paras kemalasan bleh la godek - godek.

AYUH KITA BERSENAM BERSAMA BLOGLARIAN

Image
Bersenam gitu!! Bloglarian.. masing - masing buat entri pasal bloglarian.. dah 2 3 kali aku di tag tapi tak sudah - sudahkan juga. Okey.. Demi kesihatan blog aku ni.. Secara positifnya aku nak sertai acara bloglarian ni. Jom semak syarat - syarat yang di kenakan... Banner Bloglarian -Siap- Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)  saya suka blogwalking kerana ia mampu mencetuskan ilham untuk berblogging dengan menjelajah & meninjau blog - blog yang wujud di dunia cyber di samping ia menambahkan pengetahuan dalam pelbagai aspek/bidang/maklumat. -siap- Tag 3 orang rakan atau lebih Cik Ila Miss Farah Tasha -Siap- Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian -Akan di canangkan selepas post entri ni ok!- Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini<< Comment di blog larian ok! -Akan di selesaikan selepas post entri ini-

MISI OH MISI

Ini bukan cerita tentang misi kemanusian.. Misi bantuan bencana alam mahupun apa - apa misi yang membawa maksud kepada TUJUAN. Ini isu tentang MISI kalau dalam bahasa kamusnya Jururawat atau bahasa keju nya Nurse. Tetiba jer melekit nak cerita pasal misi ni napa?? erkk.. tak boleh ker?? Masa jenjalan kat blog orang tadi.. Tersinggah blog Mak budak yang cerita pasal dia nak kena operate. Dia ada komen juga isu misi & kelembabapan hospital kerajaan bila kita pegi nak buat rawatan berbanding swasta. Maka teringat juga la aku kisah MISI & HOSPITAL kerajaan ni. Pernah dulu la.. Makcik aku sakit, so aku temankan dia kat ward kan?? Memang tak di nafikan apa yang orang selalu cakap pasal misi - misi senior ni.. Mulut puaka dorang tak di nafikan lagi. Bukan jer pesakit aku pun pernah kena sound. Pernah masa aku temankan makcik kat ward tetiba esok harinya aku demam. Then.. aku tertido la di sisi katil makcik aku tu. Datang sorang misi tua ni.. Pastu dia tanya napa tido. Makcik aku jaw...

SATU AMARAN YANG TIDAK DI FAHAMI

Anonymous said... I have read a insufficient of the articles on your website in the present circumstances, and I unqualifiedly like your line of blogging. I added it to my favorites entanglement stage roster and resolve be checking promote soon. Will repress into public notice my position as approvingly and vindicate me know what you think. Thanks. Saya  mendapat comment ni di salah satu entri saya yang dimana saya telah kategorikan dalam label kupas kupis dimana artikel itu rujukan dari akhbar & saya tulis semula dalam bentuk penceritaan & pandangan secara peribadi. Comment ni saya dapat dari entri KERANA BUAH KERANJI yang saya post tadi.. Sebenarnya saya tak berapa faham adalakah menjadi satu kesalahan saya berbuat demikian sedangkan saya ada memaparkan rujukan dan saya link kan semula ke artikel asal. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu ia menjadi satu kesalahan sebab saya tengok ramai blogger lain yang mengambil artikel dari akhbar (kebanyakkan copy paste bulat ...

BARU BERCINTA DAH BENGKOK JARI

Image
Lagi isu kupas kupis hari HM online.. Kali ni kisahnya berkaitan dengan rockers era 90-an yang di dakwa oleh bekas aweknya seorang penggiat Industri sen i tanahair. Kisahnya.. Mas (Nama yang dalam HM) empat tahun menderita selama bercinta dengan rockers tersebut. Bukan saja kena pukul sehingga mengalami kecacatan kekal di jari kelengking.. Malah lelaki tu jenis pisau cukur. Bukan pisau cukur misai or janggut yer.. Ni jenis kaki pengikis punya jantan. Dah la ko siksa dia.. Harta dia pun ko kikis. Apa punya jantan la ni!! Mas juga bagitau dia bukan je suka belasah & suka mengikis harta benda si Mas ni malah ramai lagi skandal2 dengan pompuan lain. Katanya jantan ni ayat manis.. Pandai pujuk rayu selepas buat salah. Pandai bagi Janji Manis Mu (Bak kata Aisyah). Paling kesian.. Si Mas ni kasi la Mamat ni tinggal kat umah sewa dia memandangkan dia tak tinggal situ hanya menyewa untuk simpan barang - barang umah dia sementara nak tunggu dapat rumah kuarters dari majikan dia. Si Ma...

PENGARAH MELEKIT TIDAK MELEKAT

Image
Walaupun agak ketinggalan keretapi semasa pemenang di umumkan.. Selepas 1 jam baru aku perasan dah ada pemenang.. Menang apa lak ni kan?? Alahai.. Contest dari segmen BA (ANDAI AKU... (pengarah) tu). Tahniah pada nenek sorang ni.. (Tak sure lak betul - betul nenek ke tidak).. Tok Esah yang berjaya meragut handbag cantik itu. Aku hanya melihat sambil menitiskan airmata Dan berharap Tok Esah hadiahkan aku sebagai hadiah Tahun Baru.. kekekekek Apapun segala pandangan korang semua terhadap karya melekit aku tu.. Amat - amat la aku hargai. Sampai ada yang excited nak baca cerpen tu..  So yang berminat nak baca cerpen tu boleh clik : JANJI SAHABAT . En Ben Ashaari ni memang rajin anjurkan contest ataupun segmen yang sememangnya amat - amat membantu traffic blogger tepi longkang macam aku ni. Tak heran la dia popular & semakin popular. Bantu membantu kan amalan mulia.. Bila kita melakukan dengan niat yang baik.. Maka balasanya juga baik bukan pada diri sendiri jer malah orang l...