MISI OH MISI
Masa jenjalan kat blog orang tadi.. Tersinggah blog Mak budak yang cerita pasal dia nak kena operate. Dia ada komen juga isu misi & kelembabapan hospital kerajaan bila kita pegi nak buat rawatan berbanding swasta. Maka teringat juga la aku kisah MISI & HOSPITAL kerajaan ni. Pernah dulu la.. Makcik aku sakit, so aku temankan dia kat ward kan?? Memang tak di nafikan apa yang orang selalu cakap pasal misi - misi senior ni.. Mulut puaka dorang tak di nafikan lagi. Bukan jer pesakit aku pun pernah kena sound. Pernah masa aku temankan makcik kat ward tetiba esok harinya aku demam. Then.. aku tertido la di sisi katil makcik aku tu. Datang sorang misi tua ni.. Pastu dia tanya napa tido. Makcik aku jawab la.. dia demam. Terus dia sound kalau dah tau demam buat apa datang! Wah.. kau!! Macam aku merengek dengan dia lak kalau aku demam. Aku diam kan jer.. Pastu datang sorang misi india yang baik hati cakap.. Dik.. nanti turun bawah amik ubat yer. Sebab dia tau aku demam.
Bukan pasal bangsa or agama or apa position dia.. Tapi ini bergantung pada atitute. Yang kurang ajar tak kira sapapun dia even dia buruh kasar sekalipun tetap dia akan kurang ajar. Tapi komplen tentang misi - misi kerajaan ni.. Bukan sikit aku dengar. Lebih - lebih lagi kat ward bersalin or ward ibu - ibu yang nak bersalin. Kena maki.. kena herdik.. kena perli.. dengan kata - kata yang tak sepatutnya. Hello.. Misi tak pernah sakit ker?? Cuba la faham orang tu sakit nak bersalin.. Mesti la dia menangis.. Kau tambah sakit dia kenapa?? Kau bersalin sambil ketawa ker tak rasa sakit or misi - misi semua mandul tak pernah rasa sakit nak bersalin? Kenapa mesti keluar ayat.. "Masa buat anak tak meraung.. Nak beranak terpekik terlolong!" Semua orang tahu.. Bersalin itu takde rasa sedap or enak. Kau nak compare masa buat anak dengan masa anak nak keluar tu kenapa?? Kenapa mesti sombong?? Kenapa mesti biadap?? Sebab ko Misi/ Jururawat?? Kau yang bernama JURURAWAT harus la merawat bukan menyakitkan lagi. Kenapa ia hanya berlaku di hospital kerajaan bukan swasta?? Sebabnya hospital kerajaan ni tak kena bayar mahal macam swasta. Tapi kalaupun di biayai kerajaan.. Haruskah kakitangan nya bersikap lembab, biadap & kurang ajar??
Pun begitu bukan semua tapi kebanyakkannya macam tu. Sampai aku sendiri kadang - kadang tak paham.. Kenapa misi nak kerek?? Kenapa kalau kerja gomen mesti buat keja lambat - lambat?? Nak kata bekerja sukarelwan tak juga.. Tiap - tiap bulan dapat gaji malah banyak kelebihan yang kerajaan bagi pada dorang ni. Tak kira la sesapapun.. Kita semua manusia tak selamanya sihat.. Tak selamanya senang.. Setiap manusia ada hari jatuh & bangunnya. So, Renung - renungkanlah wahai misi - misi yang kerek. Apa Misi (tujuan) anda memilih profesion sebagai jururawat?? Tepuk dada tanya selera.. Nak makan yang pedas atau manis bergula.
P/s : Pernah sorang kawan saya seorang doktor muda cerita pada saya pasal seorang pesakitnya (linkungan warga emas juga la) asyik tanya tarik operation dia walhal tarikh belum di tetapkan lagi.. Bukan sekali tapi 2 3 kali.. Si kawan saya tu naik tension (Katanya dengan bebanan kerja pastu pesakit asyik ulang tanya soalan yang sama) dia pun marah la sorang pakcik ni.. Tapi saya tegur.. Kalau dia seorang doktor & tahu kerja doktor maybe dia tak membebankan kamu dengan soalan2 itu tapi dia hanya seorang pesakit yang cuma tahu akan kesakitannya. Macam tu jugak kamu.. Jika kamu tidak jelas pada sesuatu pasti kamu juga akan tercari cari jawapan.. Jangan marah sebab dia cuma nak tahu bukan nak bebankan kamu. Walau dia seorang doktor & aku cuma seorang admin clerk.. Namun dia tak pernah meninggi diri & selalu jugak merujuk dengan aku. Moral of the story.. Manusia ada kurang & lebihnya.. Kita saling memerlukan untuk memperbaiki diri sendiri even kita melihat dia seorang pengemis.. Mungkin dia ada ilmu yang kita takde.
waaa bukan main marah lagi cik lekit kita... hahahaha... pada hakikatnya itu yang berlaku... selagi kita dinamakan manusia.... manusia tetap manusia
ReplyDeletebukan marah.. Just memberi pandangan secara peribadi
ReplyDeleteape la agaknye langkah yang leh kerajaan wat untuk pulihkan attitude nurse2 gov nie ek.. semua macam nk protest.. kekadang geram gak bile misi 2 kurang aja kt member or family kte, ase cm nk tangan je.. :@
ReplyDeleteadeh, emosi lak aku..
tu la pasal dik Ooi
ReplyDeletebetul2 cik lekik..mmg kadang2 tak faham kenapa ada misi2 yg bersikap mcm tu...klu dah tension dgn keje pun, jgn la nak lepaskan pada pesakit...
ReplyDeletekadang2 bkn pasal tension pasal dorang action! Mybe dorang rasa mcm PM kot bila jd nurse tu! Kalau melawan kang dorang buat bkn2 lak.. or rawat kasar2
ReplyDeletetu la...nak berlagak plak dgn jawatan diorang tu....tah apa2 je...
ReplyDelete