Posts

Showing posts from June 28, 2011

ANTARA KARUT & ALASAN SEBENAR KEPERCAYAAN ORANG DULU - DULU

Image
Banyak kepercayaan orang - orang melayu ni. Dari sudut kesahihan & logik memang banyak yang menyimpang tapi orang melayu ni kan terkenal dengan suka berkias. Suka mencipta kepercayaan tapi dengan alasan yang menakutkan walhal kepercayaan yang cipta tu sebenarnya ada sebab lain. Macam guna psychology cara tradisional la jugak nak menakutkan golongan muda agar tak melakukan sesuatu tu. Kali ni jom kita kopek lagi beberapa kepercayaan karut orang melayu dulu - dulu Duduk atas bantal Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung. Kata Lekit : Sedap je bontot kau nak duduk atas bantal. Atas bantal orang lak tu. Mana tau ko kentut ker.. tercirit ker tak ke naya orang yang guna bantal tu nanti. Pengantin duduk atas bantal tak takut kena bisul ke?? kekeke. S...

MISTERI SEORANG JIRAN.. PATUT KE TAK PATUT?

Kalau korang masih ingat Sang Lekit pernah kongsi cerita pasal jiran sang lekit yang selalu sang lekit dengar dia bertengkar dengan seseorang kat telefon. Kalau yang tak ingat atau tak pernah baca entri tu abaikan la. Sebab tak penting pun. Ok.. sang lekit nak kongsi cerita terbaru pasal jiran sang lekit ni. Dia seorang mualaf berbangsa Punjabi. Umur dia dah cecah 40++ kalau tak silap. En hubby cakap dia tak kerja tapi cuma buat kerja2 sukarelawan. Seingat sang lekit masa baru - baru dia pindah dia pernah tegur sang lekit & cerita dia seorang guru. Tu tak penting la yang mana satu betul. Alkisahnya semalam... Dia tegur sang lekit kat depan pintu. Dia tanya kalau dia nak ajak sang lekit temankan dia pergi beli makan boleh tak? Sang Lekit pun tanya kenapa nak kena temankan? Dia cakap takut sorang - sorang. Apa nak di takutkan siang2 hari. Kat sini bukan kawasan pendalaman.. Siang malam penuh dengan manusia macam pesta muda mudi jer. Lepas tu sang lekit cadangkan la dia kalau taku...

BAJU BERSIH DI LARANG SOLAT DALAM MASJID

Image
Ni bukan kes baju kotor atau baju bersih dari sudut kesucian & kebersihan pakaian yer.. Ni kes rasanya semua orang dah tahu. Kes seorang pemuda di halau oleh AJK masjid kerana memakai baju berlogo BERSIH. Bukan takat di halau malah di lemparkan dengan kata - kata kesat sebab pakai baju BERSIH & menunaikan solat dalam masjid. Pak Haji yang naik angin tengok mamat ni masuk masjid pakai baju BERSIH Pasal baju pun kecoh. Yang buat kecoh tu seorang lelaki dewasa yang dah bergelar HAJI pulak tu. Nak kata dia tak tau hukum hakam.. Rasanya dia jelas kot tentang adab berpakaian kalau nak bersolat atau masuk ke kawasan masjid. Rasanya takde pun mana - mana kitab tulis pakai baju BERSIH tak boleh solat kat masjid. Ni kes bila tempat ibadat di anggap tempat berpuak - puak. Kalau ko sokong pati ayam bistari jangan ko masuk ladang limau sebab kat situ cuma pati oren jer boleh masuk. Korang faham ke apa sang lekit cuba sampaikan ni?? Tak paham pun paham2 kan la.  Nasib baik ada pakci...