Posts

Showing posts from March 3, 2011

MISTERI POKOK BESAR MALAM HARI

Masa kecik - kecik pokok besar, pokok pisang atau pokok kekabu selalu je di kaitan dengan benda - benda menyeramkan. Macam kalau Lekit kecik dulu.. kalau pokok2 besar ni kononnya ada penunggu, kalau pokok pisang biasanya hantu toyol & kalau pokok kekabu selalu orang cerita nampak langsuir bergayut. Siang - siang hari keseraman tu takde menyerlah sangat. Takat 2 3 4 puluh kali lalu lalang depan pokok tu pun takde la terkencing dalam seluar. Tapi malam jer.. yang sangat - sangat popular time hantu merayap... bermula kisah seram yang pelbagai versi. Ini kisah pasal pokok cempedak besar tepi jalan. Masa kecik - kecik.. Sang Lekit mengaji kat kelas. Ada satu dewan yang di jadikan kelas berbayar untuk bebudak mengaji. So nak ke tempat ngaji tu tak jauh sangat dari rumah, then jalan kaki jer dengan kawan - kawan. Masa pergi lepas maghrib.. takde la takut. Almaklum malam masih muda kan. Lagipun takde lalu jalan hutan bakau or rimba belantara bagai. Lalu jalan tar jugak. Tapi yang menja...

9 ANAK DI TELAN IBU HIDUP - HIDUP

Cuak juga bagi sesapa yang menyaksikan kejadian ni depan mata. Mana tidaknya.. 9 anak yang masih bernyawa di telan Si Ibu hidup - hidup. Panik! Alkisahnya.. Tengah menyapu.. kat halaman sangkar anak - anak tikus aku tu (hamster) then terpandang something pelik di buat Si Lanun. Macam sesuatu je dia sorokkan. Aku pun check la dalam sangkar. Rupanya Lanun bersalin lagi kembar 9 pulak kali ni. Aduhai.. Sibuk la pindahkan dia ke case lain. Nasib baik memang ada 1 case yang  free. So, seperti biasa sumbat la si Lanun bersama 9 anak dia yang baru lahir tu. Merah2 lagi tu. Apa lagi macam pengalaman sebelum ni Si Lanun kalau bertukar case je meroyan la jadinya. Di panjat sana sini.. sambil kendong anak dia. Aku biarkan jer. Kejab lagi dia ok la tu.. Lepas menyapu aku usya balik sangkar Si Lanun.. Tinggal 3 je anak dia. Panik jugak. Lanun makan anak ker?? Aku usya anak yang di kendong dalam mulut. Rupanya bukan dia kendong dia sedang berusaha menelan anak dia. Aku tengok dua2 belah pipi...

ANEH! ULAR BERKEPALA KELI

Image
Makin tua bumi ni makin banyak benda pelik muncul. Bukan setakat UFO yang khabarnya dalam kosmo hari ni berlegar2 di kawasan bandar Brazil, malah dalam negara kita pun tak habis - habis dengan penemuan aneh. Haritu pokok petai menangis.. Maybe dia sedih kot tengok makhlu akhir zaman.. Dan hari ni satu lagi penemuan aneh & pelik di temui. Alkisahnya.. Seekor ular pelik yang mempunyai kepala seolah-olah seekor ikan keli ditemui berenang di dalam Sungai Kelantan mengemparkan penduduk Sungai Nyior Palekbang. badan ular berkenaan lembik, kulitnya pula kendur namun mengerutu seperti kulit biawak, berkepala seperti ikan keli, dan kulit berwarna keperangan itu mempunyai corak batik seperti ular sawa. ular tersebut sepanjang dua meter dan mempunyai berat tiga kilogram bagaimanapun masih belum diketahui spesiesnya. Maybe ular ni hasil percintaan Ikan keli & Ular sawa kot... kekekekekeke... Op's jangan percaya. Tu cuma gurauan melekit jer. Rujukan (Sinar Harian) : Gempar tangka...