SEKUNO MEREKA BERDOZEN ANAK, SEMODEN KAMU BERAPA YANG MAMPU?
Pengalaman mengandung & melahirkan shahila memang satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup sang lekit. Dari awal kewujudan shahila dalam perut mummy nya sehinggalah saat dia di lahirkan, Alhamdulillah di permudahkan. Tak mengundang sebarang trauma @ fobia sampai serik & berkata TIDAK pada mengandung & beranak. Cuma takde plan jer lagi untuk yang kedua. Bila tengok kawan2 yang baru melahirkan anak bercerita pengalaman dorang mengandung seterusnya pengalaman di bilik bersalin sang lekit sangat2 bersyukur kerana tidak di uji sangat saat melahirkan shahila. Perjalanan melahirkan shahila sangat2 mudah. Sakit cuma lebih kurang 1 jam.. melahirkan shahila lebih kurang 1/2 jam & proses kelahiran & rawatan yang di beri semasa dalam bilik bersalin juga takde la menyakitkan sangat. Dah kena bius memang la tak sakit.. kan?? Tapi ada orang kena bius pun still menyakitkan. Bergantung pada nasib.. mungkin nasib sang lekit agak baik. Orang kata sebelum bersalin @ masa men...