HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM

HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM . Kecoh kat threads sekarang kisah seseorang yang tak sedar teman serumah sewanya rupanya pocong. Ada yang cakap cerita lama yang di viralkan semula. Tapi aku tak pernah terdengar atau terbaca jadi boleh la kita share di blog lekatlekit ni kan Alkisahnya seorang wanita ni yang di namakan sebagai Nina baru menyewa sebuah rumah di jalan kebun shah alam selepas mendapat tawaran kerja kat area situ. Sebelum masuk menyewa kat situ dia dah di maklumkan oleh tuan rumah berapa orang akan tinggal bersama dia kat rumah tu. Tuan rumah bagitahu cuma ada seorang je menyewa kat situ setakat ini tapi waktu tu katanya penyewa tu balik kampung. Tapi katanya lagi 2 hari akan masuk lagi seorang penyewa baru. Jadi mereka akan bertiga la di rumah tu. Lepas tuan rumah dah jelaskan, esoknya Nina ambil kunci & berpindah masuk la kerumah tu. Masa dia sampai kerumah tu tiada apa yang pelik & aneh. Semuanya nampak normal & baik baik sahaja. R...