Posts

Showing posts from December 21, 2016

ESSENCE EYEBROW SHADOW BUAT SOLEKKAN PADA KENING LEBIH KEMAS

Image
ESSENCE EYEBROW SHADOW BUAT SOLEKKAN PADA KENING LEBIH KEMAS . Tetiba je mula berjinak jinak dengan niche beauty blogger.. Bukan la baru minat makeup cuma baru serius dalam arena solekkan. hahahaha.. Dari dulu pun aku sejenis perempuan yang suka makeup tapi tak pandai makeup.. sekarang ni pun bukan pandai sangat tapi boleh la takat nak tenyeh tenyeh muka sendiri ni kan? Kalau muka orang tak berani la.. Tapi muka adik beradik aku tu confident ok! Sebab mereka antara yang pernah jadi mangsa menggunakan khidmat jejari sakti aku men touch up muka depa dulu. Tapi masa zaman duduk serumah dulu la. Sekarang almaklum la aku dah kahwin.. adik aku pun ada yang dah kahwin so masing2 membawa diri bersama suami masing2. hehehehe... essence eyebrow stylist set. Ada 2 warna eyebrow, 1 berus kecik & 3 template kening untuk 3 size Baru - baru ni aku tertengok satu live video kat facebook.. seorang cik Akak ni. Tak silap aku dia ni pun spesis mak andam jugak ni. Dia tunjuk tutorial nak makeup...

JANGAN ROSAKKAN MALAM PERTAMA PERKAHWINAN TANPA LAKUKAN PERKARA NI SEBELUM KAHWIN

Image
JANGAN ROSAKKAN MALAM PERTAMA PERKAHWINAN TANPA LAKUKAN PERKARA NI SEBELUM KAHWIN . Musim cuti sekolah memang dah sinonim musim orang kahwin atau bahasa nakal cakap musim mengawan. Hahahaha... Jahat tau cakap macam tu. Sebab kahwin ni bukan semata mata nak halalkan aktiviti mengawan tu... erkk.. macam tak sedap pulak sebut mengawan kan? Macam menghaiwankan pasangan yang berkahwin je. Ok ok.. kita tukar. Sebut istilah yang lebih mulia bersama. hehehehe Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Bila nak kahwin ni apa sebenarnya yang pasangan tu akan fikir?? Kebanyakkan orang selalu tak fikir apa yang perlu dia tanggung & jawab sebab banyak orang akan fikir.. Bila kahwin benda tu akan auto kau buat tanpa gagal. Confident level tu tahap bunuh diri ok! Macam nak pikul tanggungjawab seorang suami semudah kau pikul tong gas jer.. Beban berat yang kau akan rasa sekejab lepas tu hilang. Banyak yang akan fikir.. Macam mana la 'Malam Pertama' nanti. Selalunya perempuan ni gemuruh la...

MENCUBA FOUNDATION ATAS KULIT TANGAN ADALAH CARA YANG SALAH

Image
MENCUBA FOUNDATION ATAS KULIT TANGAN ADALAH CARA YANG SALAH . Di sebabkan entri pasal ni yang aku update tetiba hilang & ghaib dari blog. Tak tau la anak aku terdelete ke hapa.. Tapi memang untuk langkah keselamatan aku tukar la pasword blog. Manalah tau kan.. Ada orang yang dengkikan blog tak seberapa ni.. Jadi bagi yang tak sempat nak baca entri yang hilang dari radar tu maka aku tulis semula.. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Kebiasaannya bila kita nak beli foundation (bedak asas) atau bedak compact pun kebanyakkan orang akan mencuba di atas tangan. Memang benda tu dah jadi macam satu amalan yang di pratikkan sejak turun temurun katanya. Tapi pernah tak kita terfikir kulit bahagian atas tangan tu memang berbeza dengan kulit muka kita kenapa kita tetap confident guna cara tu untuk memilih foundation yang bersesuaian dengan warna & tona kulit kita. Jangan salahkan produk tetiba kau dah beli kemudian balik rumah pakai baru nampak sebenarnya warna bedak asas (foundati...