24 APRIL.. TENANGLAH KAU DISANA
Dah tiga tahun kita tak jumpa, kan Ayah. Dah 3 tahun Ayah tak datang sini jenguk anak Ayah. Dah 3 tahun takde call dari Ayah tanya bila nak balik kampung. Dah 3 tahun Ayah... Dah 3 tahun rindu ni tak terubat. Ayah.. Jodoh yang ayah restui ni Alhamdulillah membahagiakan. Cucu Ayah pun dah Setahun 8 bulan. Lasak sangat Ayah. Menantu Ayah pun dah semakin dewasa, Anak pun sama dah semakin berusia. Hajat Ayah nak bawak kami jenjalan kat Langkawi selepas selesai majlis kawen dulu kami dah tunaikan dengan kami pergi sendiri mengendong shahila dalam perut semasa usianya 5 bulan. tapi kalau ada Ayah.. mesti lagi meriah. Ayah.. Rumah Ayah dah banyak berubah. An & kakna dah renovate tapi masih ada bahagian yang pernah ayah buat sendiri tu. Tapi kat situ dah jadi bilik mak sekarang walau mak tak tidur pun dalam bilik. Besar bilik tu.. Bilik Mak sekarang ni kan bekas ruang tamu rumah kita dulu. Mak macam biasa la dia suka tidur depan TV sebab tengah2 malam dia suka tengok filem tamil. ...