PERUNCIT LAZER, PERUNCIT LAMBAT & PERUNCIT MESRA
Ni apa kes lak cerita pasal peruncit ni?? Takde apa just nak share jer.. Lagipun aku baru jer balik dari Membeli belah makanan kat restoran disini then singgah kejab kedai runcit beli jus.. Nak buat camna tekak sekarang cuma boleh terima minuman ber jus jer.. Lain2 mudah loya & muntah. Dah siap melantak nasi goreng ikan masin bersama oren juice segar dari dalam botol gitu.. Meh kita share cerita di sebalik 3 kedai runcit kat blok Sang Lekit ni. Kat blog Sang Lekit ada 3 kedai runcit.. Ni kat blok C jer.. kalau blok2 lain pun banyak lagi. Satu milik seorang lelaki melayu.. Sebelah dia milik india.. & yang lagi satu kat LG milik seorang india muslim or lebih senang kita kenal sebagai mamak la. Perbezaaan antara ketiga2 kedai runcit ni memang amat ketara dari segi kualiti barang, harga & layanan. Yang melayu tu bagi sang lekit dah la barang2 basah dia macam tak segar jer.. Pemilik dia (Lelaki) mulut boleh tahan puaka, harga agak mahal. Pernah masa bujang dulu aku pergi la ...