SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA . Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia. Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah. Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisih...