FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH

FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH . Bagi penonton setia Tv Alhijrah pastinya tidak asing lagi dengan seorang personaliti dan pengacara Tv Alhijrah, Finaz Yunus. Beliau adalah pengacara bagi rancangan temubual Analisis yang banyak membincangkan isu isu semasa. Hari ni dari perkongsian laman Facebook, beliau mengumumkan tidak lagi bersama stesen Tv Alhijrah. Akhirnya 16 Ramadan,18 April 2022 adalah pengakhiran sebuah perjuangan..... Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum wbt.... Tidak pernah saya sangka pertengahan Ramadan akan menjadi hari saya meletakkan jawatan di sebuah syarikat yang amat besar makna dalam kehidupan saya selama 12 tahun ini. Tempat yang saya curahkan segala komitmen atas prinsip dakwah mencari kebenaran.. Namun Allah-lah sebaik-baik Perencana. Bukan mudah untuk meninggalkan tempat yang memberi pelbagai pengalaman pahit & manis dalam membentuk saya sebagai seorang Manusia, Pengamal Media & Ketua. TV AlHijrah adalah 'madrasah' buat saya...