SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK

SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK . Pepagi jumaat terbaca orang dok viral kat facebook satu posting yang mempertikaikan konon saudara kandung dia mewahkan anak isteri dengan pakaikan emas tapi adik beradik tak pula di mewahkan macam tu. Kita orang perempuan sebagai isteri ni baca rasa berbunyi cengkerik (krik krik krik) pula. Dah kenapa kau? Dah anak bini dia.. Di mana salahnya dia nak mewahkan? kenapa pula dia nak kena mewahkan kau walaupun kau adik beradik kandung dia? Habis tu takkan dia mewahkan anak beranak kau pulak?Mestilah di mewahkan anak bini dia. Bila dah dewasa, masing masing dah ada keluarga dan kehidupan sendiri sudah semestinya keutamaan di beri kepada anak isteri bukan lagi adik beradik. Adik beradik ni bukan la kita kata lepas kahwin kena buang.. Tak! Tetap silaturrahim tu kena jaga. Yang susah kena bantu cuma tak ada kewajiban pun saudara kandung kita kena bagi semua kemewahan dia pada kita. Melainkan adik beradik kau tu kaya macam chef wan. Boleh angk...