RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT . Lama pulak tak buat segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit ni kan.. Mesti ada yang tuduh dah lama tak memasak tu. Memang la kadang2 tak masak juga sebab dah di tapau sang suami. Kadang2 tengahari ambil budak lala dari sekolah nak hantar balik tu dia tapau siap2 nasi bungkus.. Jadi hari tu tak masak la hahaha. Tapi bukan hari hari pun. Seminggu sekali dua jer.. Dapur sekangkang kera lekatlekit memang la tak berasap sebab guna dapur gas tapi masih berapi. Buktinya baru 2 hari lepas tukar tong gas baru ok. Bila dah berapi tu ada la menunya.. Normally selalu masak menu malas pergi kedai je siang siang hari ni. Antara menu malas pergi kedai den.. Masak lemak cili api telur ayam. Ni kes ada lebihan santan la... Guna santan kotak tu tahan lama sikit. Tapi tak boleh lama2 sangat simpan nanti dia rosak jugak. Tak pepasal kerana santan sekotak rosak masak lemak sebelanga. Maka meh kita melemakkan badan dengan masak lemak.. Tak payah tar...