Posts

Showing posts from January 1, 2011

TUMPANG PUBLISITI & POPULARITI ORANG YANG DAH MENINGGAL

Image
Bukan sengaja tau.. Niat hati cuma nak sebarkan berita pemergian seorang pelakon tanahair Faizal Yusof bekas suami kepada Siti Nordiana tapi terkejut juga bila tengok traffic & Pageviews tiba2 je mencanak naik... Check Blogger.my.. wah tersenarai antara most popular of last 24 hours. Bila tengok rating kebanyak yang most popular hari ni adalah cerita tentang kematian pelakon tu. Mungkin berita ini masih fresh belum tersiar kat mana2 akhbar atau TV kot menjadikan ia satu berita yang mengejutkan & hot hari ni... Bukan niat hati nak ambil kesempatan pada orang yang dah meninggal dunia tapi kebetulan jer semua ni. Blog kan umpama berita bergerak.. So Disini apa juga cerita terbaru akan cepat tersebar. Apapun jom check pageviews aku pasal entri ni & top 10 Most popular of last 24 hours kat blogger.my Jumlah Pageviews setakat jam ni. Berita yang menjadi ranking tertinggi hari ni kat blogger.my. Lekit yang ke-4 popular Mungkin berita ni mengejutkan untuk pembukaan tahun...

REZEKI PERMULAAN 2011

Image
Awal tahun dah di murahkan rezeki.. Alhamdulillah. Rezeki kali ni pula luck dari satu GA anjuran dari mata hat i.. Lekit menang untuk 2nd prize. Dapat la top up RM 50. Tak tau la bapa tahun nak abis sebab jarang sangat nak buat call or sms ni.. Paling2 pun bergayut dengan Mak kat kampung or call en hubby tanya info traffic terkini. kekekekekeke. Apapun thanks pada yadz sebab pilih lekit untuk menerima 2nd prize yer... Pada cekla yang lekit tag untuk contest tu.. Tahniah sebab cekla menang 1st prize dapat Top Up Rm 100. Meh gayut dengan lekit meh!! kekekekeke Tahniah yer.. kekekekeke

BEKAS SUAMI SITI NORDIANA MENINGGAL DUNIA

Image
Menurut dari sumber blog Media Malaya Faizal Yusof seorang pelakon dan bekas suami kepada penyanyi siti Nordiana meninggalkan dunia dia hospital Pusrawi akibat serangan jantung. Ketika masih bersama bekas isteri & anak (Gambar hasil carian Google) Moga Rohnya di di cucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Pada mana pihak - pihak yang pernah berdendam atau memusuhi minta di maafkan lah. Sesungguhnya Urusan dunianya telah selesai.. halalkan apa yang patut. Biar Arwah mengadap Ilahi dengan tenang. Al-Fatihah

ALASAN MENDIDIK, MAT REMPIT PUN BOLEH GUNA

Bila memilih untuk  hidup sebagai seorang yang dikenali, haruslah bersedia untuk di nilai. Bersedia pada penilaian negatif & positif. Bersedia dari segi mental & fizikal. Bersedia untuk menjawab atau membalas setiap apa yang datang. Jangan main hentam jer cakap.. Menyingkap sejenak tentang artis video miming kat youtube ni.. Bukan la lekit benci sangat pun dengan dia. Pada mulanya just tak minat je dengan video miming dia. Tak rasa terhibur pun macam orang lain rasa. Apa yang saya tidak berkenan tentang cikgu sorang ni adalah cara dia mengeluarkan sesuatu statement. Mengimbau saat dulu ketika di baru2 di landa kontroversi keatas video miming dia ni.. Dia menggunakan alasan sebagai satu kaedah pendidikan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan pelajar di samping penguasaan Bahasa Inggeris. (sehingga sekarang dia masih mengekalkan alasan itu) Ok.. Kita bayangkan sekiranya Mat Rempit pula menggunakan alasan ni.. Kami melalukan aktiviti rempit dengan aksi yang mer...

MAKHLUK PUTIH MENGGANAS DI SEGAMAT

Apsal nakal sangat Makhluk putih ni, ha?? Abis tingkap umah orang pecah.. Ada gak kepala orang cedera akibat di baling batu. Sapa kau wahai makluk putih?? Kenapa di ganggu penduduk di situ?? Meh kita kupas kupis isu ni.. Alkisahnya penduduk Ladang Bukit Dato Tenang Station, Labis, dekat sini, apabila kediaman mereka dihujani batu dan bateri sejak dua bulan lalu. Kejadian tu menyebabkan tak lena tidur la penduduk kat situ sebab dah la tak tahu apa spesis makhluk yang baling batu tu.. Pastu abis tingkap semua pecah. Menurut salah seorang penduduk kat situ kejadian misteri itu dikatakan bermula kira-kira dua bulan lalu selepas seorang bomoh dikatakan menangkap makhluk halus sebelum memenjarakannya di dalam botol sebelum ditanam di kawasan perkuburan masyarakat India di situ. Seorang anggota polis, terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah malam apabila menyaksikan beberapa cermin tingkap yang pecah tanpa di ketahui sebabnya. Seorang anggot...

HANTU PUN DI BANCI

Kalau tak banci tak tau pulak kan jumlah sebenar hantu kat sesebuah tempat tu ada berapa kan?? Tapi pelik pulak kalau kita dengar hantu pun di banci. Kalau pengundi hantu tu biasa la dengar kan?? Apa lagi lekit merepek ni, ha?? Setakat ini,  215 roh, 23 sempat di rakam dalam kamera dan video. Kami merancang untuk mengambil masa setahun bagi menjalankan bancian. “Kemudian kami akan menulis buku mengenainya, atau lebih jauh daripada itu, menerbitkan filem atau dokumentari,”  Seekers ker?? Bukan la.. Ni bukan kat Malaysia tapi kat Colombia yang di lakukan oleh seorang pengurus mayat membanci hantu di bandar kedua terbesar di Colombia. Bukan la dia bergerak secara solo tapi ada la kakitangannya yang membantu macam kumpulan seekers juga la ni. Apapun korang yang nak baca artikel asal yang lebih terperinci sila clik :  Pengurus mayat banci hantu

BINTANG PORNO JEPUN TERLIBAT DENGAN ARIEL & LUNA MAYA

Kontroversi pasa video seks dua artis indonesia baru je sejuk2 sikit.. Tup - tup khabar baru pula datang Bintang porno jepun pulak terlibat dalam filem Ariel & Luna ni. Filem Apa?? Filem porno jugak ker?? kau nak kena saman lekit propa lebih - lebih?? Bukan propa la.. Tu satu pertanyaan. Okies mari lekit kupas kupis pasal ni. Tiga selebriti kontroversi - Ariel ‘Peterpan,’ kekasihnya, Luna Maya dan bintang porno dari Jepun, Miyabi - akan berlakon dalam sebuah filem yang akan diterbitkan oleh pengarah dan penerbit, Ody Mulya Hidayat. Oo.. Filem baru rupanya. Pandai pengarah & penerbit ni kan?? Amik artis kontroversi beraksi dalam satu filem walau dia menafikan bahawa mengambil kesempatan atas kontroversi dorang. Alahai.. Nafikan pun apa yang nampak jelas & nyata. Mengabungkan 3 selebriti kontroversi umpama amik kesempatan la. Tapi tertanya gak aku.. Ariel tu bleh berlakon ker?? Rujukan (Harian Metro) : Ariel, Luna, Miyabi berlakon satu filem

CIKGU SHIDA DAH LUPA APA DIA PERNAH CAKAP DULU..

Image
Seronok juga membaca catatan Cik Shida dari parit atau lebih di kenali sebagai cikgu shida yang makin popular dengan video miming sampai Dato Ct pun katanya dah jadi peminat beliau.. Op's dia kata Dato Ct suka video miming dia. Ikut statement yang betul la.. Okies, aku ikuti kontroversi ni dari awal juga la then kalau ada statement yang bercanggah aku dapat detect. Bila terbaca catatan terbaru dalam blog beliau buat aku tersenyum..  Sebabnya dia dah lupa dengan statement dia yang dulu. Meh kita tengok statement terkini dia.. Satu lagi sebab bila tengok fb akaun tak ramai yang add friend so bila tengok orang lain punya terutama adik punya rasa jealous pulak. Mula fikir macam mana nak tarik perhatian orang supaya boleh dapat ramai kawan. niat dari hati yang ikhlas untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain disamping beberapa objektif yang boleh dikaitkan dengan tugas sebagai seorang guru, maka sehingga kini masih terus berkarya.Terbaru, KOSMO menyatakan hasrat untuk menemubual...

REKOD PENCAPAIAN BLOG SEHINGGA 31 DEC 2010

Image
Bagi menyimpan ia sebagai sumber rujukan akan datang, aku nak post semua rekod aku dari bermula aku start wujudkan blog ni sehingga la 31 Dec 2010, Jam 11.59 pm. Biarpun blog ini wujud Mac 2009 tapi hanya aktif sekitar oktober 2010. Sebelum ni aku jarang update..  Sebanyak 653 entri telah aku post sehingga 31 Dec 2010 Mendapat sebanyak 1782 comment dari blogger sehingga 31 Dec 2010 Mempunyai 360 Follower (blogspot) sehingga 31 Dec 2010 Mempunyai 94 Follower di NetworkedBlogs sehingga 31 Dec 2010 381 Blogs yang telah aku follow sehingga 31 Dec 2010 Mengikut counter ni jumlah visitor adalah 14,433 sehingga 31 Dec 2010 Ini rekod aku sepanjang aku berblogging sehingga tarikh 31 Dec 2010. Bukan nak menunjuk.. Tak guna menunjuk pun sebab rekod ni terlalu biasa berbanding orang lain just untuk rujukan untuk melihat peningkatannya di masa akan datang. Rekod korang lak camna??? Penambahan Gula: Tertinggal satu attachment lak.. Ni ha tambah lagi satu. Sesia je print...