PERGINYA TINGGALKAN ISTERI BARU 6 BULAN DI NIKAHI & ANAK YANG BERUSIA 4 BULAN DALAM KANDUNGAN
Sedih bila dapat khabar dari kawan sekampung semalam. Kawan sekampung terlebih dahulu bagitau sang lekit yang sepupu sang lekit di kampung meninggalkan dunia akibat kemalangan. Terkedu.. & terus rasa sebak bila teringatkan arwah. Lepas tu baru mak pulak call bagitau Dari cerita yang sang lekit dengar, kereta arwah terbabas & jatuh dalam sungai kat kampung sang lekit jugak. Tapi dari postmortem mengesahkan arwah meninggal bukan kerana lemas. Arwah mungkin meninggal sebelum kereta dia terbabas jatuh dalam sungai. Menurut cerita dari anak sedara sang lekit orang terakhir yang berbual dengan dia kat telefon bagitau sebelum suara dia hilang & talian terputus memang di hujung2 bualan dorang tu dah dengar sayup sayup suara dia. Apapun bila tiba masanya.. Dia akan pergi juga. Kita boleh mengubah takdir tapi bukan ajal. Masa dengar ada kereta jatuh sungai.. mak arwah (makngah), abang sepupu, kakak sepupu & makcik sang lekit sempat pergi tengok tapi paling sayu bila di angkat...