Posts

Showing posts from January 10, 2011

LUPA SEBAB RAMAI PESAKIT

Adik dah pun keluar wad tapi tetap kena berulang ke klinik setiap hari untuk proses rawatan & pembersihan luka dia. Better lagi kat wad kalau macam tu.. Sebab kalau setiap hari nak pergi klinik memang jadi masalah bila masing2 dah kerja. Mak bukan pandai drive. Aku maybe dah kena balik kl.. Kalau ada pun just membantu kat umah jer sebab aku sendiri pun tak pandai drive. So, kat situ menuntut kerjasama dari adik beradik yang ada kat sini. Insyallah, Tuhan akan permudahkan segala urusan. Bila balik umah tak abis lagi adik cerita pasal hospital. Katanya seorang nurse bagi alasan lupa sebab ramai pesakit sebab tu luka dia tak di cuci semalam. Aku pun perasan masa dia bagitau semalam hari ni takde la nurse datang cuci luka dia tapi mana la aku tau dorang terlupa kan.. Sebab jadual rawatan dorang je yang tahu. Taknak blame.. Kang kena serang. Yang berkenaan sendiri mau ingat la. Memang ramai pesakit sampai tak cukup katil.. Maybe sebab tu adik aku keluar awal kot. Lagi cerita pasal n...

TERIMA HAKIKAT TAKDE GIGI

Masih berkisah mangsa jatuh lopak kat jalan. Masa sampai hospital tadi aku lak terlebih berdebar nak tengok adik aku. Aku takut dia down ker.. Dia trauma ke.. Or dia sedih sebab maybe lepas ni muka dia dah tak macam dulu. Kesan - kesan jahitan tu maybe meninggalkan parut kekal. Risau sangat dia down & putus asa. Tapi sebaik je masuk wad & tengok sendiri kecedaraan dia hati lega & tengok lak dia ok je macam boleh terima dari kesan kemalangan tu lagi la aku lega. Maybe kesan jahitan di bibir & dagu tu akan meninggalkan parut kekal & buat adik aku nampak lebih samseng lepas ni, tapi syukur la takde kecacatan kekal pada anggota lain. Even aku yang pernah luka kat bawah dagu pun masih ada parut cuma tak nampak sebab di bawah dagu, kan?? Dia siap boleh cerita lepas je operation dia asyik cari cermin nak tengok sendiri muka dia then lepas dua hari baru dia dapat mengadap cermin masa nurse tengah tolak dia keluar dari bilik rawatan nak ke wad.Dia minta nurse stop jab bila...

KERANA NILA SETITIK..

Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. apatah yang nila itu bukan setitik tapi merintik rintik kan?? makin rosak la susu biar jumlah nila tidak sebanyak susu. Paham kan apa lekit nak sampaikan?? Terlebih dahulu Saya memohon kepada nurse2 yang tak terlibat dalam entri BILA SEORANG NURSE BERTANYA.. SIAPA NAK JAGA PESAKIT?? Mungkin penggunaa nurse tapi tidak segelintir nurse membuatkan ada nurse yang tidak mengamalkan sikap yang saya tonjolkan dalam entri ni terasa. Saya akui ia kesilapan dari segi penyampaian saya juga. Tidak mahu mengundang apa - apa perbalahan atau kontroversi, saya dengan rendah diri minta maaf & berterima kasih atas info melalui komen yang di beri. Tak kisah korang nak anggap Lekit penakut ke, kecut ke tapi saya memandang dari kesilapan penyampai saya juga. Rasanya itu lebih baik. Apa yang saya cuba sampaikan adalah sikap dari segelintir nurse sebab jika di bandingkan dengan hospital swasta komplen seperti ni jarang berlaku. Maybe kos ti...

BILA SEORANG NURSE BERTANYA.. SIAPA NAK JAGA PESAKIT??

Bila kat kampung.. dengan servis broadband.. baru aku rasa peritnya erti BW ketika berukban malu - malu kerana tak biasa dengan keadaan desa. Walau masih signal HSDPA tapi kejab2 tukar UMTS.. kalau HSDPA pun cuma 2 bar jer. Hanya blog2 yang ramping saja mudah untuk di tembusi.. Blog2 yang meriah dengan gadget & widget walau comel tapi amat la susah untuk di terjah. Aktiviti BW agak terbatas... Korang jangan la kecik hati kalau ada kunjungan tak berbalas. Nanti balik KL den cuba juga BW seperti biasa. Tak sure lagi nak balik this week or next week sebab family masih perlukan. Kitorang takde adik beradik lelaki.. Then semuanya di uruskan kaum2 hawa sejak pemergian Ayah. Korang sedia maklum adik aku masih kat hospital perlu ada orang temankan sebab dia tak boleh berdikari time ni. Nak harap nurse dorang kebanyakkan lepas tangan je kat ahli keluarga. Siap tanya lagi mak aku masa 1st day adik aku masuk wad. Sapa nak jaga?? Wayarkah soalan tu di tanya oleh seorang nurse?? Apakah tugas ...