RESEPI PASTA @ MACARONI GORENG IKAN MASIN

RESEPI PASTA @ MACARONI GORENG IKAN MASIN . Tu dia lama segmen dapur lekatlekit tak bersiaran kan? Tak masak ke? Hamboi!!!!! Bukan tak masak la.. Tapi takde resepi yang simple, Sedap & rare nak share maka takde la entri resei kat blog ni. Alah takat entri buat cekodok pisang.. Dah ada pun kat blog ni. Malas nak nak buat entri yang sama dua kali kan? Kita ni orang melayu.. Walau dia makan western food sekalipun dia nak ada unsur melayu juga dalam makanan tu. Paling2 dia tambah cili potong. Almaklum la orang Malaysia ni suka makan pedas cili.. Setakat pedas black pepper tu.. hujung lidah pun tak rasa katanya. Di sebabkan tekak melayu ni juga terhasil pasta @ macaroni goreng ikan masin. Hope Orang Itali tak menangis yer.. Ramai tanya resepi ni padahal resepi dia simple lebih kurang kau masak nasi goreng ikan masin juga la cuma tukar nasi kepada pasta @ macaroni je pun. Tapi kalau tak reti.. nasi goreng pun dia tak reti masak apatah lagi pasta ni kan. Ok ok.. Meh den bagi resepi...