CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!
CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU! . Pejam celik dah sebulan anak aku ke sekolah tabika ... Alhamdulillah aku sentiasa pantau perkembangan dia kat sekolah. Cikgu cakap ok je. Dia boleh bergaul cuma masalah biasa dia cuma attention. Tu aku sedia maklum memang anak aku ada masalah. Anak aku ni.. Perkembangan dia delay. Dia ada SI problem yang memerlukan terapi untuk pulihkan. Therapist dia pun selalu mention, Insya Allah masalah SI ni boleh hilang cuma perlukan terapi. Aku just cuba yang terbaik je.. Selebihnya aku redha dengan anugerah Allah paling aku sayang ni. Sebolehnya aku tak nak bebankan anak aku di luar kemampuan dia. Selepas sebulan kesekolah.. hari kedua di bulan kedua persekolah tetiba balik muka dia ada kesan luka. Muka bapak dia pun jadi muka orang terluka sangat. Almaklum la.. anak kesayangan. Dah tu.. itulah satu satunya anak dia setakat ni. Sebab bapak dia yang collect dia dari sekolah semalam.. (memang rutin pun bapak dia hantar & ambil dari sekolah kecuali ada hal ...