Posts

Showing posts from December 14, 2015

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS

Image
KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS . Bersempena krismas yang tak lama lagi, haruslah segmen seram serik lekatlekit pun bertemakan krismas jugak la. Apa ingat sale je ada tema2 ni. Cerita seram pun ada jugak tau! Maaf la pada mereka yang merayakan krismas. Bukan niat nak menakutkan korang sekadar berkongsi cerita je. Nak raya pun susah katanya. Ada benda2 yang menakutkan menghantui perayaan mereka rupanya. tapi ni cuma cerita lagenda seram rakyat Australia jer.. Aku ingat benda ni cuma ada dalam filem yang sedang di tayangkan kat pawagam rupanya memang ada cerita ni di kalangan rakyat mereka pasal hantu atau syaitan Ke-Ram-Puss ni. Lagenda seram Ke-Ram-Puss atau lebih senang di sebut sebagai Krampus terkenal dalam cerita lagenda seram rakyat Australia. Krampuss di katakan sangat membenci Krismas. Dia adalah spesis syaitan yang akan menangkap & menculik kanak kanak yang jahat & nakal. Menurut lagenda, Krampus akan bermalam di setiap rumah menjelang krismas. Dia akan meningga...

OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO

Image
OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO . Kalau guna laptop di kategorikan kuno, gamaknya aku yang masih guna pc ni nak kategori apa pulak yer.. Zaman Al-hin ke camna? Almaklum la katanya kewujudan Al-hin sebelum manusia. Selebihnya korang pi mengaji la dengan guru agama masing masing sebab aku tak ada info yang jelas pasal makhluk spesis Al-hin ni. Bukan kepakaran aku nak explain pasal makhluk Al-hin ni. Ops tercerita mistik & misteri pulak.. Berbalik kepada kenyataan ohBulan yang lancang menyindir pengguna laptop tu kuno dalam blog dia. Korang jangan la sentap sangat yer.. Bukan semua yang guna laptop tu kuno cuma kalau korang masih buat 4 benda ni dengan laptop katanya masih kuno... bukan aku cakap tapi Ohbulan cakap korang kategori kuno yang Masih tak berapa maju bersama teknologi. Kira ketinggalan siikit la berbanding orang lain. Ni bukan fitnah.. tak caya baca kat sini. Boleh check adakah anda kategori kuno atau tidak >> 4 Ciri2 Orang yang Masih Kuno w...

YANG SUKA MAKAN TELUR MASIN JANGAN TERKEJUT TENGOK NI

Image
YANG SUKA MAKAN TELUR MASIN JANGAN TERKEJUT TENGOK NI . Aku tak tau kenapa telur masin bagi aku mesti bulan puasa. Sebab mungkin masa kecik kecik tiap kali menjelang puasa je mesti ada stok telur masin kat rumah untuk bersahur. Almaklum la benda masin2 ni konon buka selera sikit masa sahur, kan? yelah.. sahur tu time tidur. Budak2 ni kalau dah mengantuk.. selera nak makan pun tak ada dah. Tapi bila dah masuk zon mak budak.. tak kira masa pulak selera dia. hahahaha Telur masin ni orang guna telur itik yer anak anak.. Memang tak pernah dengar orang buat telur masin dengan telur ayam jauh sekali telur burung unta & gila la kalau guna telur cicak buat telur masin. Telur masin kalau kat pantai timur tak silap di panggil telur jeruk. Yelah.. mungkin cara buat dia kena rendam dalam air garam dalam tempoh tertentu. Sampai sekarang aku sebenarnya tak tahu apa fungsi orang salut telur masin dengan tanah & arang tu. Kadang2 aku rasa macam menyusahkan bila nak masak. Nak kena cuci du...

KEMBALI KUMPUL KOLEKSI BERHANTU

Image
KEMBALI KUMPUL KOLEKSI BERHANTU . Hari tu hobi tergendala buat sementara waktu atas kerosakkan teknikal yang berlaku. Tapi bila yang dah rosak tu dapat ganti yang baru maka xpdc seram di teruskan kembali. Memburu tanpa belas kasihan hantu2 yang ada hingga ke ringgit yang terakhir katanya. amboi.. bunyi macam peminat tegar sangat la kan.. Tapi bila jumpa yang mahal tau jugak kau rasa sayang nak keluarkan RM yang sangat berharga sekarang ni. Hahahaha... Sumber Google Kang ada pulak yang mencarut kat aku.. Apa yang kau merepek ni.. syaitonnn!! yelah.. yelah aku sedang nak cerita koleksi dvd filem seram yang terbaru aku rembat lepas bayar kat wangsa Mall semalam. tempat biasa la.. Classic word Entertainment. Sebab kat situ memag DVD original dia lebih murah dari tempat2 lain. Ada jugak yang muncung2 kat aku konon berlagak beli dvd original jer.. Kalau tengok dvd cetak rompak pun sama je kot jalan cerita dia. Hangpa tak tau berapa kali aku terkena beli dvd cetak rompak ni.. Yang terb...