SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA . Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 blogger & pengamal media sosial dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. Saya tak boleh mention siapa produk apa & siapa pengasasnya secara umum. bagi yang tahu.. Mungkin sedia maklum. April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog s...