Posts

Showing posts from June 18, 2022

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR

Image
SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sekali lagi Insustri hiburan tanah air di kejutkan dengan pemergian seorang bintang serba boleh Adibah Noor selepas kita kehilangan seorang bintang veteran Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Baru sebentar tadi berita pemergian Adibah Noor menular di media sosial. Menurut apa yang saya baca Allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Sedikit pengenalan tentang Allahyarhamah.. Adibah Noor binti Mohamed Omar  (lahir 3 September 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi  Malaysia . Beliau pernah menjadi guru  Bahasa Inggeris  selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya.  Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru  Bahasa Inggeris  sebagai lulusan Bahasa Kedua dari  Universiti Kebangsaan Malaysia . Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana bel...