CENDOL DI BAKAR
Semalam hari minggu aktiviti merayap di jalankan. Yang di angkut minggu ni tetap la sama.. Dady sebagai pemandu & penumpang2nya lala, mummy, Ateh An & Acu. Lokasi pilihan adalah Bukit Melawati. Yelah.. nak bawak lala kenali alam semesta kan?? Nampaknya lala excited jugak la dapat kesana untuk kali pertama. Banyak perkara & Tempat lala kunjungi adalah kali pertama kecuali Klinik & hospital jer. Cendol Bakar (Carian Google) Dalam perjalanan tu.. di tepi jalan tak pasti area kampung mana ternampak satu banner besar tulis Cendol bakar. Apa yang buat kami semua teruja adalah tulisan Bakar tu di buat effect macam api. Masing - masing Imagine cendol tu di bakar. Ada yang imagine cendol tu bakar atas arang la.. dalam microwafe la.. Kiranya Imagine yang bakar2 je la. Sang Lekit tak imagine macam mana cendol tu di bakar cuma teruja bila tengok gerai cendol bakar tu. Sang Lekit cuma nak tengok macam mana cendol tu kena bakar & macam mana rasanya. Maka kena la U-Turn. Sem...