Posts

Showing posts from March 10, 2015

LAMPIN JENAMA DRYPERS CEPAT KOYAK DAN REPUT

Image
Gamaknya kena saman tak buat entri macam ni? Aku bukan buat fitnah tapi aku buat entri sebab aku yang lalui pengalaman tu. Aku tak tahu orang lain hadapi masalah yang sama atau tak.. Tapi aku perasan kualiti lampin pakai buang jenama Drypers semakin teruk & mudah koyak. Aku cakap sebab ada bukti.. so aku rasa tak salah. Sumber google Aku dah bertahun guna drypers kot... erkk bukan aku yang pakai, aku pakaikan kat anak aku. Dulu memang aku puas hati dengan kualiti drypers.. Kain dia lembut, lampin dia kering & tak bocor & harga dia bagi aku masih mampu milik. Tapi sejak dua menja ni (2 3 bulan ni) aku rasa macam something wrong somewhere. Banyak keping jugak la lampin drypers ni yang bila aku nak pakaikan kat anak aku koyak kat bahagian pelekat & hari ni koyak pulak tepi peha. Dulu tak pernah berlaku kejadian ni... Ni sebahagian yang koyak kat bahagian pelekat. Aku tak guna dah.. nyusahkan je. Ada yang koyak bahagian tepi peha tu masa pakai.. dah kena buang l...

INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU

Tu dia.. ni apa kes pulak sang lekit Ooi!!.. Kau ni kalau tak melahar orang memang tak senang duduk ke? Yelah... depa minta di lahar maka aku laharkan je la. Sapa suruh tak malu sangat.. saja je bagi idea aku nak menulis dalam blog. Tak tulis rasa macam merenyam sangat jari jemari aku ni, jadi terpaksa jugak tulis & dedahkan semua blogger2 tak malu ni. Baru depa ada akai katanya.. Kalau baca blog melekit kalau tak pandang negatif tak sah kan? Jahat sangat ka aku ni? Amboi.. tak baik tau. Seburuk2 aku ada jugak sisi mulianya. hehehehe.. Blogger2 tak malu yang aku nak dedahkan ni bukanlah blogger pinjam duit orang tak bayar, blogger seksi tayang lurah dendam atau blogger tulis kisah lucah.. Blogger2 tak malu ni... cuma tak malu nak tunjuk tulisan tangan depa ja kat orang lain di blog. Ingat semua orang ada confident ke nak tayang tulisan tangan depa kat dunia maya ni... Ada yang memula nak join sahut cabaran menulis entri dengan tulisan tanga n , bila tulis atas kertas nampak tulis...