Posts

Showing posts from May 13, 2015

KISAH SERAM JELMAAN ROH KAKAK BALIK RUMAH

Image
Katanya ni kisah benar yang berlaku pada seorang adik. sejauh mana kebenarannya aku memang la tak sure tapi apa yang di sebarkan siap nama penuh arwah si kakak tu aku ceritakan balik la kat blog aku. Sumber Google Alkisah seorang adik ni tengah tengok tv di malam hari. Tiba2 di kejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. Bila dia buka pintu, terkejut dia tengok kakak dia dengan keadaan berlumuran darah berdiri depan pintu. Dalam keadaan panik & terkejut si adik ni tanya la si kakak kenapa dia jadi macam tu tapi si kakak tak menjawab hanya menangis & terus lari masuk ke bilik air. Si adik yang panik ni terus pergi bagitau mak ayah dia yang ada dalam bilik. Si kakak terus mengurungkan diri dalam bilik air biarpun mak dengan ayah dia panggil berkali kali tetap dia terus berdiam diri dalam bilik air. Dalam celah keadaan panik macam tu tiba2 pintu rumah mereka di ketuk lagi. Bila di buka yang datang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada si kakak. Membawa khabar si kakak kem...

ASRAMA TEMPAT MENGASAH BAKAT GANGSTER

Image
lama tak kupas kupis isu2 semasa macam ni kan? sekali sekala kita kena jugak tulis even blog ni dah jadi blog seram. Tak seram pasal cerita hantu seram pasal isu2 yang menghantui pembacanya. Hahaha... Alahai.. macam puaka sangat kau tu. Ok ok.. aku tak nak berjangkit dengan Akak Mummydearie yang manjang kona baring, kuak lentang bagai bila tulis entri. Dalam satu entri boleh jadi 10 kisah dia tulis even tajuk satu je. Hahahaha... Berbalik pada tajuk yang di tajukkan. Ye pasal budak2 asrama sekarang. Dulu mak bapak hantar anak ke asrama dengan tujuan nak anak tu lebih berdikari & berdisiplin. Adik aku dulu pun pernah duduk asrama. ye betul semua tu mengajar dia jadi lebih solehah & berdikari. Tu yang hari2 makan megi katanya sampai jadi ketagih. Tapi sekarang rasanya.. Asrama macam tempat yang tidak selamat pulak untuk anak anak kita. Bukan satu dua kes dah.. dah banyak. Tu kes yang di highlight di media sosial & media elektronik. Kes2 terpinggir yang di sembunyikan, ...

KISAH ROH BUDAK MATI DI BUNUH MEMBALAS DENDAM

Image
Asal mati kena bunuh je mesti la di kaitkan dengan hantu yang berdendam kan? Yelah.. teraniaya katanya. Tak puas hati la kot, kan? Tapi yang peliknya bukan orang yang bunuh dia jer dia balas dendam, orang yang takde kena mengena pun kena. Memang spesis hantu kalau berdendam dia tak kira la orang tu salah ke tidak kot. Asal boleh bunuh jer dia bunuh. Begitulah yang berlaku kepada seorang budak yang mati di bunuh oleh bapanya sendiri bila tahu sebenarnya dia anak hasil mak dia yang curang dengan orang lain. Sebab terlalu kecewa & marah si Ayah ni bunuh bini dia dulu lepas tu bunuh si anak. Akibat dari pembunuhan tu maka berlakulah episod seram bila si ibu & anak menjadi hantu yang berdendam. Setelah 19 tahun berlalu, rumah yang pernah berlaku trajedi ngeri tu mula di buat rumah sewa. Jangankan tinggal yang masuk dalam rumah tu pasti lepas tu akan mati dalam keadaan yang sangat ngeri. Semuanya menjadi mangsa hantu roh budak tu & mak dia yang tidak tenteram tu. Tiada sia...