Posts

Showing posts from February 8, 2021

TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI

Image
TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI . Orang asia ni memang suka makan makanan pedas & bercili. Kat mana mana negara asia pun macam tu. Mungkin sebab turun temurun di dedahkan makanan pedas kan so lidah tu dah terbiasa. Ada orang kalau tak ada rasa pedas dalam menu dia makan dia jadi hilang selera makan. Dia mesti nak kena gigit juga cili bagi ada rasa pedas tu. Ada orang terlalu obses dengan makanan pedas sampai cili tu dia buat ulam cicah pulak dengan sambal. Tu memang spesis nak cari penyakit la makan macam tu.  Antara menu jenis masakan sambal yang ada kat malaysia ni salah satunya sambal hitam pahang. Memang antara sambal yang tengah In trend katanya. Lebih lebih lagi sekarang ni di jual secara online. Lagi mudah la sesiapa sahaja nak dapatkan. Kalau yang rajin boleh masak sendiri tapi nak masak sendiri ni walau penggunaan bahan bahan dia tak banyak tapi cara pembuatan dia amatnya renyah bak kata orang kedah. Maknanya agak susah & perlukan masa yang lama...