Posts

Showing posts from October 6, 2015

TIPS UBAHSUAI DAPUR PALING SENANG DI DUNIA DARI IKEA

Image
TIPS UBAHSUAI DAPUR PALING SENANG DI DUNIA DARI IKEA . Ha! Kau.. takde alasan dapur tak cantik sebab tak cukup budget nak ubahsuai. Yelah.. kos nak beli barang, nak upah orang bertukang lagi. Tukang sekarang upah nak sama harga dengan barang. Kalau kos barang RM1000 Upah pun kadang2 banyak tu jugak. erkkk.. betul ke? Yang tu korang angguk2 je la sebab tak penting sangat. Apa yang penting anda boleh lakukan pengubahsuaian dapur dengan sendiri semudah ABC. Aku kalau boleh semua benda pengubahsuaian untuk rumah aku ni aku nak buat sendiri. Aku sebenarnya tak suka sangat orang luar masuk kerumah buat kerja2 bertukang. Dulu pernah jugak rumah aku ni terpaksa di baiki sebab anai anai memusnahkan kayu2 kat bilik air & toilet. Dulu pintu dia kayu ok! Sekarang je dah tukar. Terpaksa berkurung dalam satu rumah dengan tukang2 indonesia tu. Tak selesa & rasa tak secure ok! Tapi tukang tu owner rumah yang cari so tak boleh buat apa la. Tu kisah aku yang tak selesa orang luar ada dalam ...

LAGU TEMA CINTA SHAHEIZY SAM & JULIANA EVANS

Image
LAGU TEMA CINTA SHAHEIZY SAM & JULIANA EVANS . Itulah lumrah orang bercinta.. Mesti ada lagu tema katanya. Lepas putus mula la meroyan bila terdengar lagu tema cinta tu. alah.. tak payah memalu mengaku je la hangpa memang ada buat perangai macam tu masa bercinta dulu tak kira la couple hangpa sekarang jadi ex atau jadi husband. Biasa la manusia & lagu memang tak dapat di pisahkan.. Sebab lagu pun di inspirasi dari kehidupan manusia & makhluk bumi jugak. Jarang orang nak buat lagu pasal makhluk asing. Lagu pasai hantu pun ada orang cipta sebab hantu pun tersenarai sebagai makhluk bumi jugak cuma kehidupan dia je di alam ghaib yang tak semua orang boleh nampak. Lagu2 cinta ni aku paling suka dengar lagu dari seberang. Lirik & melodi dia memang kalau lagu frust kita pun boleh rasa frust walau bukan dalam mood frust katanya. Memang menusuk kelambu sungguh. Kalau lagu romantik tu yang belum kawen mesti rasa esok jugak nak kawen sebab nak rasa feel romantikaditampoi ma...

BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM

Image
BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM . Ramai yang sedia maklum tiada lagi blog lekatlekitgurl.blogspot.com. Almaklum la tuan punya blog pun bukan gugirl lagi jadi terpaksa la korbankan lekatlekitgurl. Dah tak layak dah nak berblog dengan imej gugirl katanya. Sedar diri dah masuk zon balusia (baby lanjut usia) jadi dengan terpaksa aku remove lekatlekitgurl. Tapi jangan sesedih blog lekat lekit masih wujud di arena blog. Belum mengalami sebarang kepupusan cuma bertukar nama kepada lekatlekit.com je. Ada jugak yang tanya macam mana nak tukar ke dot com. Free ke? Macam mana nak buat. Maaf tiada benda percuma dalam hidup ni. Orang nak masuk liang lahat pun kena bayar inikan nak tukar dari blogspot.com ke dot com. Yer.. kena bayar cuma bagi aku setakat nak ber domain takde la mahal. Aku ambil dengan netkl RM35 setahun. Domain jer bukan hosting. Kalau dengan hosting tu mahal la sikit. Macam mana proses nak tukar ke dot com. Terus terang aku cuma transfer duit lain2 orang yang set...

INI BUKTI POLIS BUKAN HANYA TAHU MAKAN RASUAH

Image
INI BUKTI POLIS BUKAN HANYA TAHU MAKAN RASUAH . Persepsi masyarakat terhadap anggota polis memang sinonim dengan 'duit kopi' atau dalam bahasa jenayahnya 'rasuah' Tak nafikan ada anggota polis yang macam tu tapi biasa la bukan semua walau yang macam tu ramai. Dulu ada sedara aku terpaksa letak jawatan sebagai anggota polis sebab tak sanggup nak terlibat dengan rasuah semasa jalankan tugas. kadang2 manusia ni kalah dengan perikemanusiaan tapi amanah & tanggungjawab buat dia jadi serba salah nak2 lagi bab nak saman menyaman. Jadi sebab sentiasa berdepan dengan situasi tak sampai hati tu dia rasa pekerjaan sebagai anggota polis ni dia tak mampu pikul sebab dia takut kena sifat perikemanusiaan dia yang tinggi dia tak mampu jalankan amanah & tanggungjawab dia dengan sempurna. Bukan senang nak pikul tanggungjawab menjadi anggota keselamatan dalam negara ni walau security guard sekalipun apatah lagi menjadi anggota polis tapi sayangnya bila yang bekerja hanya kera...