INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED
INILAH BENDA YANG MASIH BOLEH DI MAKAN WALAU DAH EXPIRED . Apa benda yang dah expired korang selalu makan? Kalau aku roti la.. Selagi tak tumbuh cendawan lepas tarikh luput sehari dua tu aku belasah je lagi. Setakat ni takde la cirit birit atau keracunan makanan ke hapa. Roti ni salah satu sebab expired dia pendek adalah kerana dia jenis tak tahan lama. Tapi selagi dia masih dalam keadaan baik,rasa pun masih sama.. Memang masih boleh di makan. Tapi kalau darurat rasanya bercendawan pun orang makan jugak. Nama pun darurat kan.. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh makan walau dah lepas tarikh luput @ expired date. Kena tulis jugak dalam bahasa omputih sebab almaklum la.. Kadang2 ada orang certain2 benda dia memang tak faham bila tulis bahasa melayu walau first language dia melayu je. Dah biasa sebut expired date tetiba orang cakap tarikh luput.. Ting tong kejab dia jadinya. Jadi untuk bagi semua orang faham maka aku kawen campurkan bahasa dalam blog ni macam sembang santai k...