Posts

Showing posts from March 12, 2014

HARI KE 5 MISTERI KEHILANGAN MH370,MUNGKIN INI PETANDA BAIK

Image
Aku ada baca jugak pasal ni sejak semalam tapi baca dari blog2 yang suka menyebar benda tak sahih ni memang aku tak ambil sebagai benda serius. Diaorang tu cuma gila rating bagi aku.. Gila copypaste dari semua sumber berita tak kira sahih ke tak janji ada berita gempak tentang isu yang tengah hangat. Sungguh kurang sensitiviti & perikemanusiaan manusia2 itu. Yelah..mereka tak merasai sakit sebab bukan mereka yang terluka macam mana nak rasa perit pada derita orang lain. Teruskan berpesta dengan kedukaan orang lain sampai satu masa nanti kalau Allah nak balas, Insya Allah korang jugak akan rasa apa yang orang lain rasa hari ini. Berkenaan dengan petanda baik yang aku harapkan tu.. adalah bilamana ada ahli keluarga mangsa yang berjaya hubungi talian telefon mangsa. Ada deringan tapi tak berjawab. Mungkin pihak berkuasa boleh mengesan lokasi mereka. Yelah.. kalau ada frekuensi, selalunya boleh detect. Harap Allah membuka jalan untuk para penyelamat mengesan semua mangsa2. mungk...

KEHILANGAN MH370 ALLAH MASIH SEMBUNYIKAN MEREKA DI HARI KELIMA

Image
Hari ini hari kelima misteri kehilangan MH370.. tiada satu petanda atau petunjuk pun di jumpai selain spekulasi, berita2 tak sahih, andaian2 tak berasas sahaja yang semakin bertambah namun rahsia masih menjadi rahsia dan tiada satu manusia pun berjaya merungkai rahsia Allah ini sehingga hari kelima. Letih akal waras menjadi jawapan.. Namun sangat misteri untuk siapa2 simpulkan. Tapi masih ramai yang berlagak bijak pandai, takpe biarkan. Biarlah orang2 bodoh macam aku ni terus ikhtiar dengan doa, biarkan orang2 yang konon pandai terus dengan tafsirannya. Tapi ada satu keajaiban dari trajedi ni.. aku tiba2 kembali mengarang puisi.. dah lama aku tinggal hobi aku yang satu ni. Pernah jugak dulu cuba tulis balik tapi tak boleh. Idea takde..  macam beku jer. Mungkin sebab aku terlampau fikir pasal MH370 ni kot.. Apapun, yang aku tulis semua lahir dari hati aku sendiri. Aku taip cuma kat status wall FB aku tanpa clik post jer dulu.. kemudian aku edit atas gambar baru aku share. Sung...