APA ITU KRIM ABAL ABAL

APA ITU KRIM ABAL ABAL . Sesejak suka melepak di aplikasi sosial tiktok ni ada saja la benda baru den belajar. Sebab tiktok ni dia tak sama macam facebook, instagram atau twitter. Biasanya kita akan nampak posting atau content di kalangan kawan, kawan atau konten konten viral sahaja. Tapi di tiktok di fyp akan muncul macam macam content dari serata negara buat secara tak langsung kita akan ikuti juga walau kita follow pemilik akaun tersebut. Biasa la indonesia & malaysia ni kan jiran. Kadang kadang jadi teman bergaduh kat media sosial & kadang kadang dalam sesuatu isu masih sependapat & boleh bekerjasama. Adat berjiran katanya. Seperti ramai sedia maklum saya memang suka isu isu berkaitan produk. Kat tiktok Indonesia sekarang dah nampak golongan profesional kesihatan & kecantikan mula tampil memberi kesedaran tentang produk produk kosmetik yang bahaya di indonesia. Antara yang tengah trending selain Dr Richard lee.. ada juga dr Ika. Kedua dua adalah dari bidang Aesthet...