Posts

Showing posts from June 21, 2011

GAJI DARI NUFFNANG & EXABYTES

Image
Nuffnang bulan lepas lagi sang lekit dah terima cheque. Tepat seperti yang di janjikan mengikut syarat - syarat yang di tetapkan. Alhamdulillah.. Takde la ribu riban.. Tapi ada la sikit. Ok la tu.. sambil - sambil dok membebel dalam blog, orang bagi duit kita ambil la. Takkan nak buang pula walau 10sen pun. Hari ni Cheque dari Exabytes pun sang lekit dah terima walau kontrak dengan Exabytes ada 1 bulan lagi. Pun tak banyak mana tapi macam sang lekit kata tadi, orang bagi kita ambil. Lagipun bukan mencuri. Tak salah kan?? Memang kedua - duanya ( Exabytes & nuffnang ) memberi perkhidmatan yang baik. Takde delay2 nak bayar. Macam mana janji, macam tu la dorang buat. Syabas! Entri ni bukan la nak menunjuk - nunjuk duit yang dapat hasil berblog. Nak tunjuk pun rasanya gaji korang lagi banyak. Sekadar memuji service dari dua pihak yang terlibat ni. Kedua - duanya pendapat pertama sang lekit hasil dari blog yang masih di tepian longkang. Semua tu rezeki kurniaan Allah juga. Kala...

HARI ENJIT2 SEMUT.. 28 MINGGU KINI

Image
Hari ni hari mari meng 'enjit'. Bulan lepas skip sebab malas nak pergi klinik. Sang Lekit memang tak serasi dengan klinik. So, dah skip bulan lepas, bulan ni harus merajinkan diri pergi check up. Alhamdulillah 28 Minggu berlalu dengan selamat. Cuma bulan ni macam 2 bulan lepas, kurang darah juga. Aduhai.. nak sedut darah sapa la nak cukupkan kuota darah dalam badan. Hasil carian google. Sekadar hiasan Macam biasa temujanji pukul 9 am tapi sang lekit sampai klinik lebih kurang 9.30am. Kuanter pertama masa buat ujian tekanan darah jumpa dengan nurse yang baik 2 bulan lepas yang buat pemeriksaan kandungan, Misi Mazlinda. Tapi masa nak ambil darah bertemu dengan Misi yang suka bebel Misi Azimah. Memandangkan takde apa yang dia nak bebel dalam bilik ambil darah jadi takde la dia membebel macam kali pertama sang lekit pergi check up dulu. Masa tu dia tugas kat bilik pemeriksaan. Kat bilik pemeriksaan kandungan tu nasib baik misi ni tak banyak songeh. Dia cuma buat pemeriksaan maca...