KISAH WANITA MISTERI MALAM JUMAAT DI MENARA KLCC

Malam jumaat seperti biasa segmen cerita seram serik lekat lekit pasti bersiaran di blog puaka ni. Cerita seram terpilih untuk malam ni adalah kisah seram yang berlaku di tingkat 40 menara KLCC. Selama ni korang hanya reti lepak KLCC tapi jarang dengar kan pasal kisah seram. Meh sini den nak momokkan hangpa dengan cerita seram yang buat semua akan masuk tidur sebelum selepas pukul 10. Sumber google Alkisahnya cerita pasal seorang pekerja tingkat 40 menara KLCC ni yang bekerja sampai lewat malam. Dijadikan cerita malam tu malam jumaat. Masa dia habis kerja tu dah tengah malam. Dah takde sesapa kat situ kecuali pak guard jer yang dok mundar mandir jaga kawasan. Dia pun menujuk ke lift nak turun ke G nak balik. Masuk je lift dia pun tekan butang turun ke bawah tapi peliknya lift tu tak turun tapi terus naik sampai ke tingkat 88 tingkat paling tinggi. Lift berhenti disitu & pintu terbuka. Yang masuk seorang wanita sangat misteri berambut panjang, berpakaian serba putih & ber...