MACAM MANA NAK JADI BLOGGER YANG TAKKAN KENA HENTAM

Amboi kau lekatlekit.. Nak bagi tips kat orang ke? Kau sendiri pun manjang kena hentam ada hati nak bagi tips kat orang supaya tak kena hentam. Erk... kenapa tak boleh ke? Orang selalu kena hentam la lebih tahu apa point yang selalu orang hentam & apa benda yang orang takkan hentam. Kemain kerek kat ayat kat atas.. Kekonon tahu sangat la tu. Tapi memang betul.. kita mengharap respond yang positif bila kita menulis sesuatu kat blog. Mana ada orang mengalukan kritikkan atau kutukkan jauh sekali la minta di maki & hina. Tapi takde siapa boleh elak dari mengadap semua tu bila memilih untuk jadi seorang blogger. Tak kira la dia tulis pasal diri sendiri ke, pasal orang lain ke, pasal isu semasa ke, pasal artis ke, pasal agama ke, pasal tutorial & tips ke, pasal fesyen ke atau pasal apa sekalipun.. Bila dia menulis mesti kalau tak selalu pun, sekali dua ada jugak di terjah dengan hentaman berbaur kritikkan, kutukkan atau yang lebih dramatik dari tu makian & cacian. Memang ba...