DUGAAN & BE
Walaupun proses mengandung & melahirkan lala agak mudah.. tak tak semuanya mudah dalam proses membesarkan lala. Mula2 lahir, lala memang baby yang tak banyak ragam. Tapi selepas balik dari kampung raya haritu perangai lala mula berubah. Lala semakin banyak ragam, suka menangis & sekarang ragam dia semakin menjadi jadi. Mula2 ragam dia tak nak tidur malam jer.. sekarang ni malam siang lala kurang nak tidur & suka menangis. Semalam sehingga siang, lala meragam sampai sang lekit & en hubby tak tidur. Sebab dah dekat sebulan lala jadi macam tu walaupun takde sebarang sakit, awal pagi tadi en hubby & sang lekit bawa lala ke darul syifa bangi. pukul 5.30 pagi dah keluar nak elak dari jam. Lagipun memang kitorang tak tidur. Tapi sepanjang perjalanan & sampai la menerima rawatan kat darul syifa lala tidur jer tapi sampai je rumah dia kembali meragam. Menangis, tak tidur.. serba tak kena. letak salah, dukung salah. Betul2 menguji.. Tapi nak buat macam mana, lala anak...