Posts

Showing posts from August 13, 2012

BERHENTI JADI SETAN DI BULAN RAMADHAN

Image
Menjelang raya je mesti ada berita pasal putus.. buta.. melecur & mati. Mesti ada punya tiap2 tahun. Macam kalau takde tu rasa tahun tu memang takde raya. Macam dah jadi benda wajib.. mesti ada. Kalau takde tak boleh. Macam tak lengkap biarpun takde sapa yang nak semua tu berlaku ketika tengah seronok nak meraikan hari raya, kan?? Sebelum membebel panjang takut ada yang garu2 kepala fikir apa benda yang putus, buta, melecur & mati tu terpaksa la sang lekit bagi penjelasan kontot sikit. Semuanya berkaitan mercun. Main mercun sampai ada yang putus jari.. buta mata.. melecur anggota badan & ada juga yang mati. Tiap2 tahun surat khabar.. TV.. radio bagai menyiarkan berita bahana mercun ni tapi malangnya masih takde keinsafan selagi makhluk jenis tu rasa dia pro dalam aktiviti memercun & belum pernah mengalami sebarang kecederaan akibat mercun & mercun masih di jual @ ada sesetengah anggota tu yang ambil kesempatan bawak balik mercun hasil rampasan buat mainan anak2 ( ...