Posts

Showing posts from April 14, 2022

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU

Image
BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU . Sejak semalam kembali hangat di perkatakan tentang kes kemalangan ngeri yang melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar kanak kanak yang berbasikal lajak di lebuhraya pada waktu awal pagi (3am). Kejadian ini berlaku 5 tahun lalu. Semalam keluar keputusan dari mahkamah tinggi yang mendapati pemandu wanita tersebut bersalah kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 kanak kanak yang berbasikal lajak waktu itu. Dia di jatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 dan penjara selama 6 tahun. Rata rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan mempertikaikan tindakan sekumpulan kanak kanak bawah umur yang berkeliaran jam 3 pagi dan bermain basikal di jalan raya. Kalau kita pun kita tak terfikir ada budak budak waktu tu bermain basikal di kawasan jalan yang sunyi mungkin kita akan memandu sedikit laju untuk cepat sampai. Lebih lebih lagi wanita yang memandu sendirian waktu tu.  Apapun saya sendiri ...