HEROIN CINTA SI WEDDING PLANNER PERLU BELAJAR BERLAKON

HEROIN CINTA SI WEDDING PLANNER PERLU BELAJAR BERLAKON . Bila sempat aku tengok jugak la drama ni. Macam2 drama2 yang sebelum ni semuanya aku tak pernah tak skip kalau tengok. Ikut mood je.. Rasa nak tengok aku tengok. Hari ni tertengok la jugak drama cinta si wedding planner. Hero dia aku tau Adi Putra tapi heroin dia yang comel tu tak sure pulak dia nama apa. Pelakon baru rasanya.. Tapi macam pernah nampak muka dia dalam drama tv. Takpe la habis aku taip entri ni nanti aku google nama dia. hehehe Hari ni episod rahsia lama terbongkar. Rupanya lelaki yang di sangka sepupu dengan heroin drama tu adalah adik beradik kandung. Kisahnya.. Mak bapak depa ni pernah terlanjur masa sebelum kawen, dah mengandung baru kahwin. Lepas kawen anak tu di serahkan pada kakak dia yang dah lama kahwin tapi tak ada anak. Tapi mak bapak sedara depa ni tak pernah bagitau bahawa lelaki yang di sangka sepupu tu abang depa sebab bin pun di bin kan dengan nama bapak sedara. Bila yang lelaki mula menyuaraka...