TELEFON BIMBIT MILIK GURU KEPADA PELAJAR YANG MEMBUNUH DIRI MASIH BELUM DI TEMUI

TELEFON BIMBIT MILIK GURU KEPADA PELAJAR YANG MEMBUNUH DIRI MASIH BELUM DI TEMUI . Sejak dua tiga hari ni.. Masing masing mengeluarkan pendapat & luahan perasaan terhadap kes seorang remaja yang tekad membunuh diri selepas di tuduh mencuri iPhone milik salah seoarang guru di sekolahnya.. Tak payah la eden nak tulis balik kronologi kes tu.. bersepah dah orang share. Salah satu yang menjadi viral susulan kes tersebut adalah luahan hati ibu remaja tersebut yang membuat kenyataan kepada media yang katanya telefon guru tersebut sudah di temui tapi nyawa anaknya yang dah tiada bolehkah di kembalikan. Ada juga saya baca katanya iPhone guru tersebut di temui tercicir di sebuah kedai makan.. Tadi terbaca kat harian metro online & terdengar kat buletin Utama TV3 katanya spekulasi yang mengatakan telefon bimbit guru tersebut dah di temui adalah tidak benar. Yelah.. yang kita baca semua spekulasi kan.. Bukti telefon milik cikgu tersebut yang di katakan dah jumpa tu memang tak ada pun....