MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK

MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK . Semenjak memperlahankan aktiviti di blog aku terjebak dengan Shopee Affiliate. Almaklum la kita dah biasa duduk rumah ada side income walau income tu geli geli je tapi rasa seronok juga la kan tiap tiap bulan ada juga hasil dari tak ada apa langsung. Yelah sesambil menjadi surirumah, apa salahnya mencuba menjadi Affiliator kan? Sebenarnya ikutkan Affiliate ni bukan shopee je, tiktok,lazada pun ada ada Affiliate. Tapi kurang sikit menyerlah yang lain. Shopee je setakat ni memberi hasil setiap bulan. Almaklum la kita ni bukan Influencer kan? Nak bersaing dengan Influencer susah sikit tapi aku ok je. Selagi aku rasa enjoy aku teruskan je la. Mana mana Affiliator pun sekarang berpeluang untuk dapat free sample product dari platform yang mereka daftar sebagai Affiliator la. Termasuk shopee. Banyak juga la aku dapat barang free sample dari shopee ni. Best juga la sebab dari barang free sample tu kita boleh review & buat kon...