TEKA TARIKH RAYA. JUDI TAK DI SENGAJAKAN
Genap 15 hari puasa & Insyaallah lagi 2 minggu kita akan meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi dugaan berpuasa.. teringat pula sang lekit nostalgia zaman kanak - kanak. Puasa & raya memang zaman kanak - kanak la paling meriah. Sebab budak2 la paling happy time tu.. kan?? Kisah ni memang kisah berkaitan pertaruhan kecil antara kanak - kanak yang teruja nak sambut raya. Sehari sebelum pengumuman raya.. sang lekit & teh gang seperti biasa la akan berbual & membincangkan aktiviti raya. acara wajib adalah.. teka bila tarikh raya. Bila ada dua tarikh yang menjadi jangkaan.. mula la nak bertaruh. Selalunya 20sen akan jadi angka pertaruhan. Kalau dalam pertaruhan ada 10 penyertaaan bermakna jadi RM2.. kalau dalam 10.. 6 yang meneka tarikh yang sama & 4 lagi meneka tarikh yang berlainan kalau kemenangan berpihak pada 6 orang peneka tu duit RM2 tu akan di bahagikan sama rata la. Time tu mana tahu pertaruhan duit ni di kira sebagai Judi walau dalam jumlah yang keci...