Posts

Showing posts from July 25, 2024

BANGKU KOSONG (UJIAN TERAKHIR), ALL OF US ARE DEAD VERSI INDONESIA

Image
BANGKU KOSONG (UJIAN TERAKHIR), ALL OF US ARE DEAD VERSI INDONESIA . Lama tak menulis review filem seram di blog lekatlekit ni kan? kalau dulu asal dapat je koleksi dvd filem seram ada je la review nya. Sekarang dah tak ada kumpul dvd. DVD pun susah dapat sekarang. Orang sekarang mana ada tengok dvd.. DVD player pun ramai dah tak ada kat rumah. Tapi aku masih ada & koleksi dvd aku pun masih aku simpan. Cuma tak ada masa nak tonton balik dvd tu. Lagipun aku memang kumpul untuk buat koleksi je. Kita kembali pada tajuk asal nak review filem Bangku kosong (Ujian Terakhir) ni. Untuk sekuel kedua ni kisahnya bermula dari seorang pelajar perempuan yang kerasukan di dewan peperiksaan. Selepas tu dia macam berjangkit menjadikan ramai pelajar kerasukan dan mengganas sehingga membunuh pelajar lain. Bila berlaku kekecohan tu.. Masing masing cuba lari dan menyelamatkan diri namun mereka masih di ganggu dengan gangguan mistik bila makin ramai kerasukan.  Filem ni bukan la filem fresh from ov...