Posts

Showing posts from August 11, 2014

CARA REPORT GOOGLE JIKA ENTRI DI COPY PASTE

Image
Kang ada kata aku budget pakar tutorial pulak. Baru kena copy paste kecoh nak report bagai. Eh.. eh.. mesti la report. Setakat satu dua entri kena copy paste dalam 1 blog dengan backlink takde la aku nak kecoh tapi kalau dah siap buat auto post setting kat blog dia dengan entri aku.. dah macam aku pulak tukang dok update blog dia. Yelah tiap kali aku update entri baru mesti masuk blog dia tak perlu dia terhegeh2 nak copy & paste. Set je auto post dari blog orang duduk makan kuaci dah nama blogger. Jika korang mengalami masalah dengan pencuri artikel korang tak kira satu atau dua atau lebih entri yang di curi, korang rasa tak puas hati. Nak maki pun admin blog tu tak layan. Ajak sembang dari hati ke hati pun admin tu buat tak tau jer.. Maka inilah penyelesaian paling terbaik iatu buat je google report. Sebelum ni aku pun tak tahu apatah lagi reti nak buat tapi sebab dah terhantuk maka aku pun terngadah. Cara nak buat google report sonang jo sebenarnya.. First step sila clik kat ...