ANA RAFFALI JADI ICON SETEM

Tuah Ana Raffali yang menggunakan imej berbaju tradisional melayu mencurah - curah pula lepas menang AJL walau macam - macam kontroversi selepas dia menjuarai pertandingan tu. Orang kata setiap kejadian ada hikmahnya. Selepas menjuari AJL kini Ana Raffali terpilih untuk di jadikan Ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM) bagi program-program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium. Tak cukup dengan tu Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara. Tak Rugi Si Baju kurung & kebaya ni mengekalkan imej melayu biarpun sesetengah orang berpendapatan tak stylo bagi tapi imejnya yang tersendiri untuk memang menampakkan kelaianan pada dirinya yang bergelar artis. Tak payah nak jadi Lady Gaga Malaysia.. Jadi Tun Teja pun kalau ada rezeki tak kemana. Mata pun tak sakit nak pandang dari tengok artis - artis yang berangan nak jadi Lady Gaga Malaysia dengan fesyen yang p...