Posts

Showing posts from May 27, 2015

DIARI SERAM PENUH MISTERI SEORANG KANAK KANAK

Image
Ok malam ni segmen seram serik lekat lekit memilih cerita seram seorang kanak kanak. Yang ada anak yang masih dalam zon budak tu cuba check dia tulis apa dalam diari. Bukan apa takut ceritanya lain macam pulak. Lain macam bukan pasal kecik2 dah pandai tulis perasaan cinta kat budak lelaki tapi... Maybe ceritanya penuh mistik & misteri macam diari seorang budak perempuan ni. Misteri yang mungkin belum terungkai.. siapa kawan dia yang orang lain tak nampak tu. Sumber Google. sekadar hiasan Rasanya ramai yang dah biasa baca diari seram seorang kanak kanak ni pasal seorang kawan misteri dia yang orang lain tak nampak bernama lisa. Aku pun dah pernah baca sebelum ni tapi entah kenapa hari ni nampak macam kembali menjadi viral maka sebagai blogger puaka seram tahap amatur ni maka rasa bertanggungjawab pulak nak letak jugak cerita seram ni dalam blog.. Bukan apa tadi tengok ada masuk keywords cari cerita ni even tak sempat aku up lagi kat blog. Kena la ambil kesempatan untuk tidak...

MELISSA MALEK PEMINAT YANG KENA MAKI DENGAN AZWAN ALI

Image
Aku ni bukan la peminat Azwan Ali tapi memang terhibur jugak kadang2 dengan telatah dia bukan makian dia yer... Nak2 lagi tengok rancangan lari. Memang bebelan dia tu menghiburkan. Aku syak depa pilih dia sebagai peserta dalam rancangan lari pun sebab nak bagi ada tarikkan jer.. Kalau ikut cara dia main, semput jer. Tapi keletah dia memang mencuit hati la. Azwan Ali.. semua orang kenal mulut puaka Niyang rapik. Bab maki orang dia lulus dengan cemerlang,gemilang & terbilang. Setakat cerita dia gaduh dengan artis dah bukan cerita biasa. Ni kecoh orang dok viral pasal budak melissa katanya peminat Azwan ali yang kena maki dekat IG. Bukan la aku sokong Azwan Ali.. Tapi kau dah tahu dia camtu yang kau gigih tanya soalan cepukmas yang boleh jadi maksud yang macam2 dah kenapa? Apa pelik sangat bangla kerja kedai kain.. Kat Malaysia bersepah bangla kerja kat memana pun. Bangla ni kebanyakkan jenis rajin kerja so memang orang suka ambil bangla kerja. Benda tu pun kau nak tanya se...

RAHSIA NASI GORENG SARDIN TAK MELEKAT LEKIT

Image
Nasi goreng sardin tak berapa popular lagi. Ada yang tak pernah cuba pun. Aku pun baru je cuba2 buat lepas tengok ntah mana blogger upload gambar nasi goreng sardin tak lama dulu. Takde la sampai google resepi nak masak nasi goreng sardin. Nama pun nasi goreng konsep dia sama jer macam nasi goreng lain cuma tambah sardin je. Tapi cara aku, nasi goreng mesti tak berminyak sangat & nasi tak melekat lekit & berketul2. Jadi cara aku buat nasi goreng sardin ni memula macam biasa panaskan minyak tumiskan bawang, kalau ada daging/ayam & sayur yang nak ambil masa untuk masak aku akan masukkan sayur tu dulu, macam semalam aku guna 2 jenis sayur. Kubis & sawi. Jadi aku masakkan dulu kubis & batang sawi.. daun sawi aku hold sekejab. Sekejab jer baru aku masukkan sardin. Tapi mesti hancurkan dulu sardin. Sardin pun tak banyak sebab aku tak suka kalau terlebih sardin nanti dia bergumpal dengan nasi bukan je rasa sardin tu terlebih malah rasa tak sedap kalau terlalu tebal rasa ...

PEMANDU WANITA SAMSENG CUMA BERANI TUNJUK JARI TENGAH

Image
Tu dia.. tajuk entri mesti ramai pemandu2 wanita terbeliak mata nak baca kan? Almaklum perkataan wanita kat situ di highlight tapi macam biasa la mustahil semua pemandu wanita macam tu. Of course la nak cakap pasal segelintir yang pasti bukan pemilik myvi. Cuma kali ni nak cakap pasal Viva pulak. Sekadar hiasan. Carian Google Alkisahnya Ahad.. Hari berjimbaraya maka keluarlah kami 3 beranak. Dalam perjalanan nak menuju ke destinasi masa nak konar tiba2 berselisih dengan sekumpulan gegadis dalam Viva forever. Sampai nak berlanggar sebab tak menyempat sangat nak masuk. Yang bawak kereta nampak sampai nak melekat muka kat cermin kereta nampak sangat la memang tahap kecekapan dia bawak kereta tu tak seberapa. Even aku tak reti drive tapi aku tau sangat yang mana dah lama bawak kereta, yang baru dapat lesen & yang tak berapa confident drive. gaya depa pegang stereng pun boleh tau. Bising2 la jugak drive berhemah aku ni.. Lepas tu tetiba nampak perempuan kat dalam kereta tu ang...