Posts

Showing posts from April 1, 2016

SERAM! MISTERI BILIK BERNOMBOR 403,203 & 450 HOTEL TIONG BAHRU ROAD

Image
S ERAM! MISTERI BILIK BERNOMBOR 403,203 & 450  HOTEL TIONG BAHRU ROAD . Aku rasa la kan.. salah satu port hantu paling suka adalah hotel. Sebab sepanjang aku menjadi pemburu kisah seram ni memang banyak kisah seram melibatkan hotel. Mungkin hantu sekarang pun dah demand. Apa barang duduk rumah buruk ye dak.. taste hantu sekarang pun dah berubah. Semua nak menyedap kat hotel je. Almaklum la hotel ada aircon, tilam empuk, katil ada orang kemas.. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google So malam ni bersempena bulan April katanya.. (erkk apa kena mengena bulan april dengan cerita hantu pun tak tau la.. hahaha) aku nak share satu kisah seram yang melibatkan sebuah hotel Tiong Bahru Road, di singapore. katanya bilik 403,203 & 450. ketiga tiga bilik ni pernah berlaku kematian. Alkisahnya seorang pegawai security yang pernah bekerja di situ berkongsi cerita seram yang melibatkan semua bilik tu. Katanya bilik 403 pernah berlaku kematian seorang tetamu kat situ akibat sesak...

PRANK MISTIK & SERAM PERNAH AKU BUAT UNTUK KENAKAN KAWAN

Image
PRANK MISTIK & SERAM PERNAH AKU BUAT UNTUK KENAKAN KAWAN .  1 april datang lagi bersama prank prank yang mungkin menceriakan hari & mungkin jugak mencelakan hari orang lain. Aku? 1 april aku lalui macam tak ada apa2 yang special cuma sekejab lagi aku nak masak laksa je. Sepanjang hidup rasanya aku tak pernah kena prank sempena 1 april atau prank orang. Tapi dulu aku memang kaki prank jugak la. Dari kecik sampai la besar.. Kecik2 prank orang dengan jadi hantu bagai.. Pernah aku & bestfriend aku siti prank sorang member kampung ni merangkap sepupu sepapat jugak la. Almaklum la sekampung ni kebanyakkan memang ada pertalian saudara kan. Idea tercetus sebab siti bawa balik kemenyan dari kampung tokwan sebelah mak dia jer lepas ada satu kematian saudara dia kat sana. Sebab seketoi kemenyan je idea nakal secara automatik datang. Pada malam yang sepi.. Target kami member sorang ni. Rumah pun tak jauh dari rumah kami. Mula2 usya line dulu. Skodeng tengok dia ada dalam bilik...

KALAU BUTA SENI TAK PAYAH BERANGAN NAK TENGOK TEATER

Image
KALAU BUTA SENI TAK PAYAH BERANGAN NAK TENGOK TEATER . Antara perkara yang paling aku suka buat dulu adalah tengok teater even aku tengok teater tak mahal. Kadang2 free je.. samada di panggung dewan bandaraya kuala lumpur (DBKL) atau kat taman budaya KL. Tiket paling mahal pun pernah aku bayar RM10 jer tu pun kat taman budaya. kalau kat DBKL untuk teater bangsawan je kena bayar RM5 kalau teater lain free. Pun enjoy walau tak mampu nak tengok teater kat Istana budaya. Salah satu gambar yang pernah aku ambil masa aktif tengok teater dulu. Ni antara teater yang pernah aku kritik hahahha... Boleh baca review kat SINI Tapi tu kisah sebelum ada anak.. lepas ada anak memang aku tak boleh nak teruskan minat aku yang satu ni. Giler tak rindu nak tengok teater. Rindu beb! Tengok teater kepuasan dia tak sama macam tengok wayang ok! Bagi aku tengok teater lebih best dari tengok movie. Pelakon teater lebih hebat berbanding pelakon terkenal yang muka selalu keluar movie setiap tahun. Dulu a...