Posts

Showing posts from December 21, 2015

PERHATIAN! PARA IBU PATUT BACA NI SEBELUM MENJELANG PAGI

Image
PERHATIAN! PARA IBU PATUT BACA NI SEBELUM MENJELANG PAGI . Ok para para sakura sekalian.. op's para para ibu. Terpaksa jugak aku update entri malam hari supaya anda semua tak terlepas perkara ni menjelang pagi esok. Pagi2 semalam punya tu tak payah kenang lagi la. barang yang lepas jangan di kenang kecuali barang yang hilang harus di cari tapi kalau barang yang di rampas.. Sedekahkan je dengan rela hati. hehehehe wanita bergelar ibu2 sekarang memang tahap super duber woman dah.. Bukan setakat perlu uruskan semua urusan rumahtangga malah dia juga ada urusan berkaitan kerjaya. Walau masih kaki & tangan ada dua tapi dah tak boleh buat kerja macam manusia biasa. Semua kena ada trick & tick nak cepat supaya semua perkara boleh di siapkan on time. Bila terbaca trick & tips ni macam mana Para ibu boleh menguruskan rumahtangga & anak anak dengan cara yang luar biasa setiap pagi memang kagum jugak la dengan tips dia. Kadang2 tak terfikir pulak nak buat benda tu. Semem...

JANGAN TERKEJUT 9 PERISTIWA NI PERNAH BERLAKU PADA TAHUN 80AN

Image
JANGAN TERKEJUT 9 PERISTIWA NI PERNAH BERLAKU   PADA TAHUN 80AN . walaupun kita lahir tahun 80an.. Tak mustahil banyak perkara yang berlaku pada tahun tu kita tak tahu. Yelah.. Time tu mungkin baru lahir.. Mungkin terlalu kecil untuk ingat atau faham apa yang berlaku. Yelah.. kalau lahir 1989.. Mustahil la kau membesar tahun 80an kan. Kategori kau besar dalam zaman budak2 90an dah. Jadi.. banyak peristiwa yang kita terlepas pandang atau tak sempat nak pandang. Nak2 lagi yang lahir 31.12.1989 tu.. Memang lepas sehari keluar dari perut mak esok tu dah masuk era 90an. Aku pun lahir 80an jugak tapi memori aku banyak terakam bila masuk tahun 90an la. hujung2 80an tu ada la jugak satu dua peristiwa yang aku boleh ingat.. macam bakar rumah tok aku.. Tok aku meninggal. Aku lari masa nak tindik telinga.. Tak banyak sangat la memori yang mampu aku ingat sekitar 80an ni. apatah lagi peristiwa2 yang pernah berlaku menjadi sejarah kat Malaysia ni. Yang aku tau 80an ni aku kenal penyanyi ra...

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA

Image
SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA . Malaysia ni bukan tak ada majikan yang baik malah ramai.. Tapi untuk jadi yang terbaik bukan semua. Bos ni kadang2 dia punya perangai bajet bos tu memang orang meluat.. So jangan harap la untuk di undi sebagai bos terbaik di dunia. Malaysia pun rasanya tak tercalon. Jangankan peringkat Negara.. peringkat negeri pun belum tentu lepas. Salah satu ciri ciri bos yang terbaik tak sombong nak wefie dengan pekerja. hehehe Nak jadi bos yang baik bukan kata kena jadi kuli pada pekerja... Tu melampau namanya. Tak jugak sampai nak menghamba abdi kan pekerja bawahan tu patut di panggil firaun. Nak jadi bos yang di senangi, di sayangi & di sukai ramai macam susu pekat lemak berkrim haruslah jadi seorang bos yang tegas tapi bertanggungjawab & prihatin terhadap kebajikan pekerjanya. Bos tak boleh lemah lembik & suka bermanja manja sangat dengan pekerja. Seorang ketua memang perlu tegas untuk membentuk suasana bekerja yang be...

VIRAL GAMBAR QADRINAYUSMAN KAIN TERBELAH BUKAN MANGSA EDIT

Image
VIRAL GAMBAR QADRINAYUSMAN KAIN TERBELAH BUKAN MANGSA EDIT . Semalam terbaca satu post yang mula di viralkan pasal kes gadis bertudung pelajar UiTM pakai kain terbelah sampai ke paras peha. Katanya gambar yang kain terbelah tu bukan edit tapi gambar yang kain tertutup tu sebenarnya edit. Sempat la aku baca screen capture yang katanya bekas guru qadrina tu mengesahkan perbuatan tu memang ada di lakukan oleh bekas anak murid dia. Qadrina pun katanya dah memohon maaf & insaf dengan perbuatan dia tu. Aku ada tulis isu ni kat blog dua tiga hari lepas.. Yelah. Ingat dia teraniaya jadi takpe la kita up isu viral dia tu untuk membersihkan nama dia. Tup.. tup.. keluar isu lain pulak. Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu yang mana betul yang mana salah. Tapi bagi pendapat aku la kan.. Tak kira samada perbuatan tu berlaku atau di aniaya.. Kalau betul berlaku tuan empunya badan pun dah katanya akui kesilapan dia. Kalau tak berlaku aku minta maaf jugak la sebab ter salah anggap orang yang m...