Posts

Showing posts from August 16, 2014

MASIH INGAT VIDEO KISAH CINTA BUDAK TAN HONG MING & UMI QAZRINA

Image
Dah masuk bulan Ogos ni kita sedia maklum bulan apa kan? Ye betul jugak bulan kelahiran aku tapi bukan hari ni tau... Yang aku nak cerita ni bukan pasal date of birth aku. Aku nak cerita pasal lain. Bulan Ogos ni semua rakyat Malaysia sedia maklum bulan kemerdekaan.. Apa kena mengena dengan bulan kemerdekaan dengan kisah cinta kanak2 yang bernama Tan Hong Ming & Umi Qazrina ni?? Mesti ada yang dah lupa tapi ramai yang masih ingat satu video iklan petronas sempenda kemerdekaan yang ke berapa aku tak berapa ingat yang di hasilkan hasil wawancara seorang kanak kanak sekolah rendah tak sure pulak aku depa umur berapa. Bermula dengan interview Tan Hong Ming & tanya pasal budak perempuan yang dia suka. Tapi dia ingat budak perempuan tu tak suka dia.. Tapi bila interview Umi Qazrina baru dia tahu Umi Qazrina ni anggap dia boyfriend. Sweet sangat cinta monyet dua budak ni... lebih senang korang tengok video kat bawah ni lah... refresh balik. Tu wajah masa budak.. tapi sekarang d...

CARA MUDAH HALANG ENTRI DARI KENA COPY PASTE

Image
Tak habis habis isu copy paste lagi kan aku ni? Sebab kejadian2 ni la buat aku banyak belajar dari sesuatu yang aku tak pernah nak ambil tahu buat aku berminat untuk ambil tahu. Sebab tu la orang kata belajar dari pengamalan. Biasa la aku pun spesis sudah terhantuk baru terngadah. Walau aku tahu blog Sesawang Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris akan setia mencuri setiap entri yang aku update dengan cara auto copy paste. Kalau aku keji dia pun tetap dia post entri tu sebab dia setting auto copy paste. tapi demi kelangsungan blog katanya aku tetap kena update blog aku kalau ada benda2 best yang aku nak share. maybe ada spesis blogger macam aku yang selama ni tak terfikir pun nak lock entri sampai orang tak boleh copy walau 1 perkataan kat entri dia. Sebab nya dulu aku fikir.. setakat copy paste satu dua entri yang membantu orang lain apa salahnya.. tapi memandangkan blog aku semakin menjadi sasaran blog2 copy paste maka aku kena la jugak buat sesuatu sebab takut nanti kesan buruk tu ber...