Posts

Showing posts from August 3, 2010

TINJU TUMIT KASUT..(WWF)

Image
Salam Uolls.. huh sungguh berdebar hati ini. Nak tau napa?? Jom kita trus ke segmen.. cerita ceriti. Jom Fan.. kita mulakan   Baru je jab2 tadi showroom di kejutkan dengan satu fighting. Bermula dari perang mulut.. kau kata aku, aku kata ko.. ko silap sebut "perempuan janda" tapak kasut lekat kat muka!! Apa ceritanya. Meh sini aku nak story.. Padan muka!!   Ianya berkisahkan tentang sales girl & C.R.E baru yenna yang mulut hanjs kuat komplen & berlagak sangat tu. Tau la tugas dia tapi ko nak bagi arahan pun berpada2 la. Siap suruh orang mop lantai pejadahnya. Tak guna bayar cleaner beb! Takat wipe2 habuk kat keta memang la tugas dorang tapi mop lantai rasa agak melampau juga. Arini dalam meeting dah bersuara komplen orang. Aritu sound aku. Maybe aku jenis tak suka nak bising bleh diam & biarkan ia berlalu camtu je tapi silap ko bermulut hanjs dengan mak singa amik kau tapak kasut lekat kat muka. Skali dia mengaum.. kasut naik ke muka tau!   Aku tengok du...

KENA RASUK HANTU INDIA

Image
Melayu baca mantera Urdu KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam. Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk. Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya. Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat. Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya. Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan. Serangan histeria itu bermula kira...