Posts

Showing posts from July 14, 2014

GROUP MENGAIBKAN SUAMI KAT FB

Image
Ada ke group kat FB yang di tubuhkan semata mata nak aibkan pasangan? Ada.. sapa kata tak ada. Bukan kena bayar yuran pun nak create group kat FB.. bukan susah pun nak dapat ahli. Add je sesapa tanpa rasa bersalah.. penuh la group tu. ye dak?? Mesti hangpa tertanya.. erkk.. group apa yang dok aibkan suami tu. Share la... Gambar sekadar hiasan. Carian google Alkisahnya semalam tetiba secara tak sengaja dapat notification kat Fb katanya dah approve aku dalam satu group yang bernama Rumahtangga dot dot.. ni (tak payah la bagitau fullname group tu). Walau aku tak pernah tahu group tu apatah lagi request nak join tapi dah jadi fenomena biasa kot kat FB.. main add je orang masuk apa2 group. Pasal tu malas nak kupas kupis, kita cakap pasal aktiviti group tu sudah. Sempat la aku tengok apa aktiviti post group tu.. Rupanya lebih kepada meluahkan masalah rumahtangga untuk di bincangkan secara umum dalam group tu. Kebanyakkan luahan datang dari para isteri yang ada masalah dengan suami ...