DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN!

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN! Pejam celik pejam celik dah setahun saya struggle untuk selesaikan kes saman keatas saya ni. Setahun beb.. penuh tekanan fizikal & mental. Dalam masa mencari dana macam macam benda terpaksa hadap. Allahu.. Kalau tak ada kekuatan ada juga yang gantung diri kat pokok taugeh ni.. Jangan tanya la dari mana dapat kekuatan untuk hadap benda ni. Dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut yang ada orang nampak kat social media & ada yang orang tak tahu pun. yelah bukan semua benda kita boleh cerita dengan orang nak nak lagi melibatkan hal peribadi.. Tapi serius! Sungguh sungguh Allah uji kali ni.. Terumbang ambing juga iman nak terus sabar & bersangka baik dengan Allah. Kadang2 tergelincir juga kata kata dalam hati bila terasa terlalu terbeban dengan semua yang berlaku. Yelah.. saya cuma manusia biasa macam hangpa jugak. Kami tak dak apa pun yang special.. Cuma yang selalu saya bagitau bila orang tanya macam mana saya boleh kuat ...